Lelaki Ini Sanggup Lepaskan RM20,000 Demi Surat Khabar Lama Ini );

Type to search

Adamedia Isu Best

Lelaki Ini Sanggup Lepaskan RM20,000 Demi Surat Khabar Lama Ini

Share
surat khabar

Semalam, 31 Ogos negara Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan buat negara yang ke 64 tahun. Sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan akan dikenang sampai bila-bila buat rakyat Malaysia.

Turut menjadi kenangan adalah sebuah surat khabar lama yang mengeluarkan berita bahagian muka hadapan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957. Ia dimiliki oleh seorang lelaki yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, Pasir Mas Kelantan.

Lebih menarik, surat khabar lama itu telah ditawarkan pada harga RM20,000 oleh seorang lelaki yang berminat untuk memiliki khazanah yang amat bernilai ini.

BACA: Suatu Ketika Dahulu Tanah Melayu Pernah Isytihar Darurat 

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Dia menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk “THIS IS IT!”.

Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.

Ditawar RM20,000

Siapa sangka, surat khabar ini mempunyai nilai yang tinggi. Melahirkan rasa syukur memiliki khazanah yang dianggapnya sebagai satu ‘anugerah’ tidak ternilai berharap dapat dijaga dengan sempurna.

Pernah didatangi seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!