Tular! Lelaki Ini Masak Pizza di Atas Larva Gunung Berapi

Type to search

Adamedia Isu Best

Tular! Lelaki Ini Masak Pizza di Atas Larva Gunung Berapi

Share
berapi

Tindakan seorang lelaki yang berasal dari Guatemala, Amerika Tengah ini telah mencuri perhatian masyarakat dari seluruh dunia apabila memasak pizza di atas larva gunung berapi. 

Gunung berkenaan yang baru sahaja meletus pada Febuari lalu, telah membuatkan masyarakat setempat sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri dari kawasan berkenaan.

Namun lain pula ceritanya buat David Garcia, aliran larva yang mengalir di lereng gunung itu telah dijadikan sebagai dapur rumahnya.

Garcia, seorang akauntan berusia 34 tahun, menyajikan hidangan pizza yang diberi nama ‘Pacaya Pizza’ yang dimasak di atas batu vulkanik yang membara buat pengunjung dan penduduk tempatan di sana.

Menjadikan kawasan di situ sebagai dapurnya, beliau membuat adunan di atas pinggan logam yang dapat menahan suhu sehingga 1.000 darjah Celcius.

berapi

berapi

Berbekalkan bahan tumisan sos tomato, kepingan keju dan daging telah menjadikannya sebagai satu tarikan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman memakan pizza di atas gunung berapi.

Mula memuat naik status dan gambar di laman twitter, telah menjadikan ‘Pizza Pacaya’ dikenali ramai dan penerimaan orang ramai sangat memberangsangkan.

berapi

Bagi penulis, ianya merupakan satu pengalaman yang sangat menarik sekiranya anda berkunjung ke sini.

Manakan tidak? Sambil menikmati keunikan pizza yang dimasak menggunakan haba gunung berapi, anda juga bakal menikmati pemandangan landskap gunung berapi yang sangat indah dan rare!

 

Sumber: mykmu.net

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!