Kerana Takut Mati, Lelaki Sydney Ini Terima 4 Kali Suntikan Vaksin COVID-19 );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Kerana Takut Mati, Lelaki Sydney Ini Terima 4 Kali Suntikan Vaksin COVID-19

Share
sydney

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan negara telah mula mewajibkan rakyatnya untuk mengambil dua dos suntikan vaksin COVID-19 bagi membendung daripada jangkitan wabak berkenaan.

Namun di Sydney, Australia, tindakan lelaki ini mengejutkan orang ramai apabila membuat pengakuan bahawa dirinya telah menerima sebanyak 4 kali suntikan vaksin.

Menurutnya, dia telah menggandakan suntikan vaksin jenis AstraZeneca dan Pfizer bagi melindungi dirinya daripada jangkitan merbahaya itu.

Tom Lee, 34 tahun dari Sydney menerusi laman twitternya berkata, beliau berada di dalam keadaan baik-baik saja setelah menerima dos Pfizer kali kedua.

“Saya melihat kebanyakan orang ramai akan berasa sakit selepas menerima suntikan kali kedua vaksin jenis Pfizer dan saya berharap ianya tidak berlaku kepada saya.

“Saya tidak mencuri vaksin. Saya benar-benar berbaris dalam barisan untuk mendapatkannya dan ianya cuma memerlukan sedikit usaha keras,” katanya.

sydney

Difahamkan, tujuan utama beliau melakukannya adalah kerana ingin memaksimumkan antibodi di badannya.

Menurut Dr Michelle Ananda-Rajah, yang merupakan pakar dari Monash University di Melbourne berkata, tindakan mencampurkan dan menyuntik dos sebanyak 4 kali akan meningkatkan lagi antibodi dan kekuatan badan sesorang itu.

Walaubagaimanapun, panel dan pakar vaksin Australia berpendapat orang ramai hanya perlu disuntik dua dos vaksin sahaja tanpa perlu dicampur dengan mana-mana vaksin yang lain.

Kalau terlebih suntik vaksin, nanti takut lain pula jadinya kan?

Nasihat penulis, patuhlah pada arahan pihak kerajaan dan jangan lupa mendaftar di My Sejahtera untuk dapatkan temujanji vaksinasi anda!

 

Sumber: news.com

 

Baca: Amerika Syarikat Cipta Susu Ibu Pertama Di Dunia
Tags:

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!