Lelaki Ini Terkejut Plastik Sampah Berisi Ribuan Ringgit, Sanggup Tunggu Pemiliknya Kembali );

Type to search

Adamedia Isu Best

Lelaki Ini Terkejut Plastik Sampah Berisi Ribuan Ringgit, Sanggup Tunggu Pemiliknya Kembali

Share
plastik

Ketika ternampak beg plastik sampah di tepi jalan, lelaki ini merasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk mengambilnya.

Namun, apabila dibuka, terkejut mendapati plastik sampah tersebut berisi ribuan ringgit.

Lelaki itu memberitahu, dia menunggu seketika sehingga pemiliknya kembali dan berniat untuk memulangkannya, pemiliknya terus memeluk dia dan mengucapkan terima kasih.

BACA JUGA: Lihat Gelagat Kucing Ini yang Kantoi Curi Duit, Tetapi Tak Putus Asa Dan Terus Mencuri Lagi

Dikenali sebagai Zainuddin Azman Jamhari, 38, dia yang menetap di Kampung Gajah, Perak, memastikan individu terbabit adalah pemilik wang bernilai RM4,850 yang ditemuinya di tepi jalan sebelum memulangkannya.

Zainuddin yang menceritakan semula kejadian tersebut, ia berlaku pada Rabu lalu kira-kira pada jam 1 petang ketika dalam perjalanan dari rumah ke stesen minyak di kawasan berhampiran.

“Cuaca hujan ketika itu dan entah kenapa, saya melalui jalan dalam, bukan laluan biasa digunakan ke stesen minyak. Ketika menunggang motor, saya perasan ada plastik berisi seperti gumpalan di atas rumput di tepi jalan.

“Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya berpatah balik dan mengambilnya. Badan terus rasa menggigil apabila melihat banyak wang kertas di dalamnya,” katanya.

Menurut Zainuddin, dia kemudiannya meletakkan plastik berkenaan di dalam bakul motornya tetapi tidak terus beredar, sebaliknya fikirkan apa yang harus dilakukan.

“Ketika itu, enjin motor saya masih hidup dan jika saya beredar, duit berkenaan sudah tentu jadi kepunyaan saya.

“Namun, hati rasa berat untuk mengambilnya kerana memikirkan anak dan terbayang dia akan makan duit yang kotor (haram) jika beli sesuatu menggunakan duit tersebut.

“Jadi, saya tunggu sebentar dan tak lama lepas itu, sebuah MPV Toyota Avanza berhenti berhampiran sebelum penumpang serta pemandunya keluar. Saya perhatikan mereka seperti mencari sesuatu yang hilang,” katanya.

Katanya, seorang lelaki yang juga pemandu itu kemudian menghampiri dan menegurnya.

“Dia tegur saya dulu dan bertanya adakah berhenti disebabkan motor rosak. Saya jawab sedang menunggu seseorang dan terus bertanya tujuan mereka berhenti sebelum dia maklumkan mencari sesuatu yang hilang.

“Bagi mendapat kepastian, saya tanay dengan lebih lanjut dan rupanya dia kehilangan duit selepas tercicir kira-kira 45 minit sebelum saya melalui jalan itu,” katanya.

Zainuddin berkata, selepas diceritakan apa yang berlaku dan memastikan kesahihan, dia mengembalikan semula wang berkenaan kepada lelaki terbabit.

“Lelaki itu maklumkan wang berkenaan mahu digunakan untuk membaiki kereta dan tercicir ketika berhenti di tepi jalan untuk membetulkan pengelap cermin.

“Dia menawarkan sejumlah wang sebagai saguhati. Saya menolak pada mulanya tetapi mengambil juga pemberiannya itu apabila dia bersungguh,” katanya yang bekerja sebagai penjaga ladang lembu.

Disebabkan sudah terlewat untuk ke tempat kerja, Zainuddin berkata, dia tidak sempat bersembang lama dengan lelaki berkenaan.

“Kami tidak sempat bertanya nama satu sama lain kerana hujan lebat. Cuma, pada malam hari yang sama, saya muat naik hantaran di FB untuk berkongsi kisah itu dan tidak sangka ia jadi tular dengan cepat.

“Bukan setakat itu, ada beberapa individu menghantar kiriman mesej di FB dan WhatsApp mendakwa mereka adalah pemilik wang yang hilang itu namun kebanyakannya tidak memberi maklumat tepat selain cuba mempermainkann saya,” katanya.

Katanya, perasaannya benar-benar lega selepas mengembalikan wang berkenaan.

“Namun, ada juga segelintir rakan menganggap saya bodoh dan menolak rezeki kerana tidak mengambil wang itu. Bagi saya, untuk apa mengambilnya jika ia bukan hasil titik peluh sendiri.

“Biarlah apa pandangan mereka, yang penting saya enggan berasa berdosa seumur hidup. Lagipun, ini kali ketiga saya terjumpa wang dan semuanya dikembalikan kepada pemiliknya. Syukur kerana Allah melindungi daripada mengambil sesuatu yang bukan hak saya,” katanya.

[Sumber: Harian Metro]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!