4 Langkah Cuci Material Jeans Atau Denim Dengan Betul );

Type to search

Bae & Beauty Lifestyle Trend

4 Langkah Cuci Material Jeans Atau Denim Dengan Betul

Ain Huda
Share
denim

Korang cuci jeans atau denim macam mana? Masuk mesin basuh? Ke tak cuci? OMG! Walaupun material jeans tak perlu cuci setiap hari, tapi kena tahu cara basuh jeans dengan betul. Bukan main campak dalam mesin basuh lepas tu jemur bawah matahari.

Kain material jeans atau denim dah lama wujud. Macam-macam style ada. Tapi cara penjagaan ramai masih lagi tak tahu. Walaupun jeans adalah yang tahan lasak dan susah nak terkoyak tapi korang kena juga jaga untuk nampak sentiasa baru dan berkualiti.

Jangan Campur Dengan Fabrik Lain

Kalau korang basuh guna mesin, mesti ada fabrik lain selain jeans. Tahu tak kalau korang campur jenis kain jeans dengan fabrik lain akan merosakkan kualiti seluar jeans dan fabrik lain. Material jeans kasar dan tebal, mungkin fabrik lain lebih lembut. Untuk elakkan seluar jeans warna semakin pudar dan fabrik lain terkoyak waktu dibasuh, jangan campur jeans dengan pakaian lain.

Jangan Iron

Jangan seterika seluar jeans yang baru basuh. Selepas beberapa hari seluar jeans di cuci, baru boleh iron. Suhu iron jangan terlalu panas kerana akan pudarkan warna jeans.

Jangan Jemur Tengah Panas

Jangan sesekali jemur jeans atau denim tengah panas!! Sudah rendam, jemur jeans guna kaedah air dry. Gantung seluar jeans atau pakaian denim di tempat redup dan biar kering dengan angin. Tak salah nak jemur tengah panas tapi kualiti kain akan cepat rosak dan warna pudar.

Cuka Dan Garam

Eloknya basuh jeans dengan kaedah rendaman. Rahsia kekalkan warna jeans adalah rendam jeans dalam air biasa atau air paip. Bukan air suam ye. Campurkan satu ke dua sudu cuka dan garam. Biarkan selama 30 minit. Biasanya cara ni dibuat masa baru beli jeans, tapi kalau nak buat setiap kali cuci pun boleh. Lepas rendam basuh macam biasa. Elak guna mesin basuh tau!

Tips Cara Cuci Jeans Atau Denim

  • Terbalikkan pakaian denim sebelum dicuci. Bahagian dalam diterbalikkan.
  • Asingkan jeans mengikut warna.
  • Jangan berus atau gosok terlalu kasar.
  • Jangan guna sabun basuh terlalu banyak, warna jeans akan pudar terutama jeans berwarna hitam.
  • Cuci dan bilas gunakan air biasa. Jangan jemur bawah sinaran matahari.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!