Lihat Trailer Filem Dari inspirasi Cyberpunk 2077, Dihasilkan Oleh Pelagak Ngeri Pasukan Jackie Chan. Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Lihat Trailer Filem Dari inspirasi Cyberpunk 2077, Dihasilkan Oleh Pelagak Ngeri Pasukan Jackie Chan.

Share

Tarikh pelancaran bagi Cyberpunk 2077 masih lagi jauh dan ia telah pun mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan gamers. Sementara menunggu ketibaan game tersebut, terdapat sesuatu projek menarik yang boleh dinikmati buat para peminat dan gamers Cyberpunk 2077.

Vi-Dan Trang mengetuai sebuah projek filem peminat Cyberpunk 2077 yang berjudul Phoenix Program. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli pasukan lagak ngeri Jackie Chan (Jackie Chan Stunt Team) dan juga pernah terlibat dalam pembikinan filem aksi seperti 6 Underground.

Trailer ini telah dilancarkan beberapa hari lepas. Ramai yang terlibat dalam projek ini adalah cosplayer terkenal, antara daripadanya ialah Ben Bergmann yang memainkan watak Johnny Silverhand. Beliau juga pernah cosplay sebagai Geralt of Rivia dari siri The Witcher.

Trailer ini juga mendapat pujian daripada pihak pembangun Cyberpunk 2077 iaitu CD Projekt Red. Mereka berkongsikan video tersebut di halaman Twitter mereka.

Namun, kerana wabak COVID-19 yang melanda pada waktu ini, mereka terpaksa menangguh projek tersebut. Oleh itu, berkemungkinan besar kita tidak akan dapat menonton filem ini pada masa yang terdekat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!