Lukisan Mural “Hero Malaysia” Dicemari Dengan Kata Kesat - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Isu Best

Lukisan Mural “Hero Malaysia” Dicemari Dengan Kata Kesat

Share

Ramai kecewa dengan tindakan individu yang tidak bertanggugjawab menconteng wajah Hero Malaysia dengan kata-kata kesat. Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Lukisan mural ini dilukis oleh seorang pemuda bernama “Miey Ali” pada awal Julai tempoh hari. Tetapi belum sampai sebulan mural ini dilukis, sudah ada golongan yang mencemarinya dengan kata-kata kesat. Amat menyedihkan apabila Hero Malaysia yang bersusah payah menyelamatkan rakyat Malaysia daripada penyakit berbahaya Covid-19 diperlakukan sebegini.

Ramai yang bersimpati dengan Miey Ali kerana beliau ialah orang yang paling bersusah payah menghasilkan mural gergasi tersebut tetapi ada individu yang sanggup mencemarkan dan menconteng sesuka hati mereka. Ramai yang berharap agar kawasan kejadian mempunyai CCTV supaya pelaku tersebut dapat ditangkap.

Laporan polis juga telah dibuat oleh UMNO bahagian Shah Alam (UBSA). Dalam masa yang sama, Majlis Perbandaran Shah Alam juga telah membuat laporan polis berkaitan dengan perkara yang sama.

Kejadian ini mendapat kecaman daripada seluruh rakyat Malaysia. Dengan harapan agar pelaku ini dapat ditangkap dan dihukum dengan hukuman setimpal.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!