Main Permainan Video Sejak Kecil Membuatkan Anda Lebih Bijak Ketika Dewasa - Kajian Saintis - Verst Adamedia );

Type to search

Main Permainan Video Sejak Kecil Membuatkan Anda Lebih Bijak Ketika Dewasa – Kajian Saintis

Adamedia Gaming Infotainmen

Main Permainan Video Sejak Kecil Membuatkan Anda Lebih Bijak Ketika Dewasa – Kajian Saintis

Farhana Syahirah
Share

Ketika permainan video mula diperkenalkan pada akhir tahun 70an, ia telah menjadi satu aktiviti baru yang menarik buat kanak-kanak. Hari ini, kebanyakan orang dewasa sudah mula menyambung buat bermain permainan video dengan semangat, kerana nostalgia di zaman kecil.

Satu kajian baru menunjukkan bahawa sejarah kanak-kanak bermain permainan video bukan sahaja menjadikan orang dewasa sebagai pemain permainan yang lebih baik, tetapi juga memberikan kelebihan kognitif yang berkekalan.

Khususnya, permainan jenis ‘puzzle-solving’ dapat membantu meningkatkan kemahiran visualisasi 3D, pemikiran cepat, dan memori. 

Universiti Oberta de Catalunya (UOC) ada juga buat kajian tentang permainan baru-baru ini dalam jurnal berprestij ‘Frontiers in Human Neuroscience‘. Para pengkaji memilih sekumpulan 27 orang dewasa di bawah usia 40 tahun, termasuk beberapa yang mempunyai pengalaman bermain semasa kanak-kanak dan yang lain yang tidak ada pengalaman tersebut.

Para peserta telah diuji dalam kemahiran kognitif asas mereka. Kemudian, setiap peserta dilatih dengan bermain ‘Super Mario 64‘ selama 10 hari. Beberapa subjek juga dirawat dengan stimulasi magnetik transkranial (TMS) sepanjang kajian dijalankan – rawatan magnetik bukan invasif yang bertujuan untuk menghasilkan peningkatan fungsi kognitif. Selepas 10 hari, semua subjek diuji semula. Lima belas hari kemudian, ujian ini diulang sekali lagi.

Hasil dari kajian tersebut, peserta yang mengambil ujian kognitif sebelum dan selepas 10 hari bermain ‘Super Mario 64’, Mereka yang mempunyai pengalaman semasa kanak-kanak menunjukkan prestasi yang lebih baik pada ujian awal.

Walaupun kajian ini bukan bukti yang pasti, kajian dan penyelidikan yang lain menunjukkan ingatan dan perhatian dapat ditingkatkan dengan bermain permainan video.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=y3Cp8dn0QrE[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!