);

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

Makanan Tradisional Melayu Yang Kian Hilang Dek Ditelan Zaman

Share

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu hanya mendapatkan bahan asas makanan mereka hanyalah dari kawasan sekeliling sahaja. Orang Melayu yang tinggal di kampung menanam pelbagai tumbuhan bagi mengisi perut.

Antaranya padi, ubi kayu, ubi keledek, jagung, pisang, keladi, kacang tanah, serai, cili, pucuk cekur manis dan banyak lagi. Tanaman ini kebanyakannya berada di sekeliling rumah atau pun di tanah kebun yang berhampiran. Bahan – bahan mentah seperti ini tidak perlu dibeli dan boleh didapati dengan mudah.

Kebanyakan masyarakat Melayu terdahulu bercucuk tanam di kebun atau ladang, dan ada juga yang menjadi nelayan di lautan. Sebelum memulakan pekerjaan mereka pada waktu pagi, biasanya mereka akan bersarapan terlebih dahulu sebagai alas perut sebelum mula bekerja. Kemudian diikuti pula dengan makan tengahari serta makan malam.

Berikut disenaraikan makanan tradisional melayu yang kian hilang pada zaman moden ini:

1. Ubi Rebus

Ketika waktu penjajahan Jepun dahulu, makanan ruji utama masyarakat Melayu adalah ubi rebus. Ini kerana sukarnya mereka mendapatkan beras untuk dimakan. Oleh itu, ubi direbus dan dimakan begitu sahaja atau turut dicicah dengan kelapa parut. Malah, ia turut dimakan bersama kopi panas.

Tahu kah anda? Selain dijadikan sebagai alas perut, ubi rebus juga mempunyai beberapa khasiat seperti mengubati penyakit reumatik, demam, sakit kepala, diarrea, kecacingan, kabur mata, nafsu makan, luka bernanah dan luka akibat kena panas.

2. Putu Piring

Putu piring merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Melayu. Ia diperbuat daripada tepung ubi dan tepung beras, serta berintikan gula Melaka. Ia mendapat nama kerana bentuknya seakan piring. Kuih ini juga dibalut dengan kain putih sebelum ia dikukus dalam periuk khas. Setelah masak, ia akan dihidangkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda.

3. Ikan Bakar Tanah Liat

Adalah agak mustahil untuk melihat ikan dibakar menggunakan tanah liat pada masa kini. Namun, makanan ini masih dipraktikkan oleh masyarakat Melayu di negeri Perlis. Penduduk Perlis menggunakan tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga untuk membalut ikan. Setelah selesai dibalut, ikan tersebut akan dibakar dari atas dan bawah sepertimana membakar kuih bahulu secara tradisional. Tanah yang membalut ikan akan merekah bagi menandakan ikan telah masak dan boleh dimakan.

4. Pucuk Cekur Manis

Orang Melayu menanam Pucuk Cekur Manis disekeliling rumah mereka dan daunnya dimakan sebagai sayuran. Daun cekur manis selalunya akan dipetik dan selalunya ia akan dimasak lemak atau ditumis air untuk hidangan makan tengahari. Dalam beberapa kes dilaporkan ada juga yang mengambil daun cekur manis untuk di peram atau di jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

5. Tapai

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandinginya. Tapai yang telah siap akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar serta ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak akan mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini juga boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!