Makanan Yang Boleh Anda Cuba Sempena Perayaan Deepavali );

Type to search

Adamedia Makan

Makanan Yang Boleh Anda Cuba Sempena Perayaan Deepavali

Avatar
Share

Bersempena menjelang perayaan Deepavali pada esok harinya, kami mencadangkan anda semua mencuba makanan kaum India ini. Ianya sekadar meraikan perayaan bangsa lain di Malaysia ini.

Apatah lagi perayaan Deepavali kali ini disambut dalam caa dan norma baharu. Anda boleh mencuba makan bersama keluarga anda dan pelajari resepi temurun masyarakat India dan keindahan di sebaliknya.

Makanan yang dicadangkan ini antara makanan popular masyarakat India apabila menyambut Deepavali.

1. Thosai

Thosai amat popular serta digemari hampir masyarakat orang India dan ia sering menjadi menu utama dalam hidangan mereka sempena Deepavali. Thosai sering di makan bersama kuah “sandhini” dan ia kaya dengan sumber karbohidrat dan protein. Anda juga boleh makan bersama kuah kari atau sambal.

File:Tosai - Mega Curry House MYR1.30.jpg - Wikimedia Commons

2. Murukku

Murukku amat terkenal dari dahulu hingga kini tidak mengira generasi dan bangsa. Ia lebih dikenali sebagai “snack” ketika membuat kerja dan anda pasti tidak mudah untuk berhenti mengunyah.

File:A Traditional Tamil Snack Murukku.jpg - Wikimedia Commons

3. Idhili

Makanan ini merupakan hidangan sampingan sempena Deepavali. Ia dicicah atau di makan bersama sandhini atau kari ayam. Ia sesuai di makan pada sarapan pagi atau dibuat makanan ringan.

Idli - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

4. Kuih Athirasam

Bentuk kuih ini mirip macam donat yang selalu kita nampak. Ianya sangat sedap dan berlemak dan orang melayu panggil kuih ini “telinga keling”. Ia diperbuat daripada tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak. Kebanyakkan kuih ini dijual di pasar malam, jadi anda boleh mencarinya dengan mudah.


(Sumber: Kaki Share)

5. Vadai

Masyarakat India amat meminati vadai kerana ia sangat sedap dan diperbuat daripada ubi ataupun kacang dal. Ia amat sesuai dimakan dengan tambahan cili hijau yang besar.

Vada, Sampingan Bhlle, Sambar Vada

Sumber: Kaki Share, Xtra.com

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!