);

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

Makanan Yang Wajib Ada Ketika Raya

Share

Raya kali ini amat berbeza dengan Raya sebelum-sebelum ini. Pada mereka yang jauh, kali ini tidak dapat pulang ke kampung masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga. Waktu akhir bulan puasa inilah perasaan sayu serta rindu akan keluarga dan masakan di kampung semakin kuat di dalam diri masing-masing.

Tetapi, walaupun tidak dapat pulang, ia tidak dapat menghalang diri masing-masing daripada menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak dapat untuk membuat ‘open house’, anda sendiri boleh memasak makanan yang wajib ada ketika sambutan raya, walaupun keseorangan di rumah, tetapi hidangan tersebut boleh dikongsikan bersama jiran-jiran yang terdekat.

Disini terdapat beberapa makanan yang menjadi pilihan ketika menjelang Hari Raya, mungkin ia boleh dijadikan idea bagi mereka yang sambut jauh dari keluarga.

Source: Google

Serunding

Siapa yang tidak kenal akan serunding? Ia merupakan salah satu makanan yang wajib ada ketika menjelang Hari Raya. Bukan sahaja ia sedap di makanan begitu sahaja, malah dengan nasi, ketupat, lemang dan segala jenis makanan dia amat sesuai. Untuk serunding, mungkin agak susah untuk dibuat sendiri di rumah, tetapi anda boleh sahaja dapatinya di dalam talian atau kedai-kedai yang berdekatan.

Source: Google

Rendang

Ia merupakan makanan yang wajib ada, jika tiada rendang maka tidak lengkaplah raya. Rendang bukan sahaja ada satu jenis lauk sahaja, malah ia juga mempunyai lauk ayam, daging atau kambing dan ia sangat sedap dimakan bersama dengan nasi, pulut atau lemang, ikut kepada citarasa masing-masing. Dagingnya yang lembut dan dimasak di dalam kuahnya yang seakan kari pasti akan membuatkan kita menambah kali kedua. Yang penting, dagingnya jangan masak sehingga menjadi crispy.

Source: Google

Lontong

Kuah yang bersantan serta di makan bersama nasi impit ini merupakan salah satu makanan yang wajib ada ketika Raya. Ia pasti akan dicari-cari oleh ramai orang kerana kuahnya yang berlemak serta cukup rasa, termasuk pula dengan rasa sayur dan nasi impit yang ada pasti memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Ditambah pula dengan sambal ikan bilis, memang akan menambah kali kedua.

Source: Google

Lemang

Bagaimana kita hendak tahu jika kita sedang mendekati Raya? Apabila ramai yang mula menjual lemang di tepi-tepi jalan atau kedai-kedai, ketika itulah kita sedar bahawa Raya hendak dekat. Dimasak di dalam buluh, lemang mungkin agak sama dengan nasi impit atau ketupat, namun lemang ini mempunyai keiistimewaannya tersendiri kerana ia dimasak bersama dengan santan. Mungkin ia agak melekit namun rasanya yang berlemak sedap dimakan bersama dengan rendang.

Source: Google

Kuih-Muih

Jika anda tidak ingin makan dengan banyak, itu tidak mengapa, kerana disebabkan itulah wujudnya kuih. Mempunyai banyak rasa, warna, dan bentuk yang menarik, kuih dikategorikan sebagai makanan ringan dan mesti akan disediakan oleh tuan rumah untuk tetamu sebagai pencuci mulut ataupun untuk tetamu yang tidak ingin makan dengan banyak. Jika anda sudah kenyang, itu tidak mengapa, anda hanya perlu menjamah kuih bagi menjaga hati tuan rumah. Kuih-muih ini anda boleh didapati di mana-mana sahaja ketika akhir bulan puasa ini. Ketika raya pula, pasti ada yang akan mengambil pesanan untuk kuih dan anda bolehlah berkongsi bersama jiran-jiran anda.

Source: Google

Satay

Juga dikategorikan sebagai makanan ringan semasa raya, daging yang diperap dan dibakar ini telah menjadi pilihan ramai orang kerana rasa dagingnya yang manis. Dicicah pula dengan kuah kacang dan dimakan bersama dengan nasi impit, pasti membangkit selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Source: Google

Ketupat

Tipulah jika anda tidak kenal akan ketupat. Imejnya yang warna hijau serta bercorak berlian ini merupakan lambang atau simbol kepada Hari Raya. Ketupat ini dibuat di dalam sama ada daun palas atau daun kelapa sawit yang di anyaman untuk jadi bentuk berlian, dan selepas itu dimasukkan beras dan direbus untuk dijadikan nasi. Setelah masak, ia amat sedap untuk dimakan bersama dengan pelbagai jenis lauk ikut kepada cita rasa masing-masing.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!