Malaysia Bangunkan 2 Vaksin Untuk Cepatkan Proses Imunisasi Kebangsaan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Malaysia Bangunkan 2 Vaksin Untuk Cepatkan Proses Imunisasi Kebangsaan

Share
vaksin

Malaysia kini sedang membangunkan vaksin sendiri bagi mempercepatkan proses imunisasi kebangsaan yang pada waktu tidak menepati sasaran yang ditetapkan pada Februari lalu.

Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia mengumumkan pembangunan vaksin buatan tempatan sedang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Infografik Kementerian Kesihatan Malaysia

Dua jenis vaksin sedang dibangunkan iaitu dari jenis pengutus asid ribonukleik (mRNA) seperti yang digunakan Pfizer dan juga vaksin virus nyahaktif yang digunakan oleh SinoVac.

Kedua-dua jenis vaksin ini terbukti berkesan dalam menentang wabak Covid-19 di dunia sekarang.

Selain membantu mempercepatkan proes imunisasi kebangsaan, pembangunan vaksin sendiri akan membolehkan Malaysia bersedia untuk serangan pandemik di masa hadapan tanpa perlu bergantung kepada negara luar.

Perbezaan jenis vaksin

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah bersetuju untuk mencapai matlamat itu.

Katanya, negara kini hanya mengeluarkan vaksin haiwan namun bagi bekalan vaksin manusia, ia masih bergantung kepada negara luar.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) diberi tanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan untuk pembangunan dan kemandirian vaksin negara dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan akan datang.

 

“Vaksin yang akan dibangunkan itu bukan hanya memberi tumpuan kepada COVID-19. Malaysia perlu membangunkan keselamatan dan kemandirian bagi memastikan persediaannya, sekiranya berlaku pandemik dan jangkitan baharu,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, kerajaan mencadangkan supaya proses pembangunan pembotolan (‘fill and finish’) dilakukan di dalam negara kerana ia lebih memudahkan vaksin diedarkan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk melantik dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membolehkan proses pembotolan vaksin dilakukan, memandangkan ia lebih murah dan mudah.

“Vaksin itu akan dibeli dengan jumlah yang besar sebelum dibotolkan di dua kilang berkenaan yang mempunyai fasiliti lengkap,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan masih meneliti beberapa vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan negara pembangun seperti China, Amerika Syarikat dan United Kingdom, dengan KKM akan menentukan vaksin sesuai untuk digunakan rakyat negara ini.

[Sumber: Facebook Dr Adham Baba]

Baca Lagi: MIECC Terima Lebih Kurang 5 Ribu Janji Temu Vaksinasi yang Dijadualkan Pada Hari Pertama.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!