Malaysia, Thailand Lancar Sistem Pembayaran QR Rentas Sempadan, Pengguna Kini Boleh Bayar Melalui Aplikasi );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Malaysia, Thailand Lancar Sistem Pembayaran QR Rentas Sempadan, Pengguna Kini Boleh Bayar Melalui Aplikasi

Share
Sistem pembayaran QR

Mengikut arus teknologi, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) melancarkan sistem pembayaran QR rentas sempadan yang membolehkan pengguna dan peniaga membuat dan menerima pembayaran melalui kod QR secara ‘real-time‘.

Menurut kenyataan BNM, projek yang bermula pada Jun 2020 itu akan menghubungkan sistem pembayaran runcit RPP/DuitNow di Malaysia dan PromptPay di Thailand.

“Perkhidmatan ini bakal memberi manfaat kepada lebih banyak pengguna di kedua-dua negara ketika perjalanan antarabangsa dibuka semula.

“Mereka dapat melakukan pembayaran menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih menggantikan wang tunai,” menurut kenyataan tersebut

Ia akan melalui tiga fasa dengan fasa pertama sudah bermula 18 Jun lalu.

Di bawah fasa pertama, pengguna di Thailand kini dapat menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih mereka untuk mengimbas kod QR DuitNow untuk membuat pembayaran kepada peniaga di Malaysia termasuk untuk transaksi e-dagang rentas sempadan dalam talian.

Fasa kedua yang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini pula bakal menyaksikan pengguna di Malaysia akan dapat menggunakan aplikasi pembayaran mudah alih mereka untuk mengimbas kod QR Thai untuk membuat pembayaran kepada peniaga di Thailand.

Fasa terakhir yang membolehkan pengguna di kedua-dua negara melakukan pemindahan wang dengan merujuk nombor telefon mudah alih penerima dijangka siap pada suku keempat 2022.

Bank CIMB Thai dan Public Bank Berhad adalah dua bank pertama yang menyertai jalinan kerjasama tersebut dalam hubungan dan telah mula menawarkan perkhidmatan itu kepada pelanggan mereka.

Pihak BNM dan BOT menjangkakan lebih banyak penyedia perkhidmatan pembayaran akan turut serta dalam menawarkan perkhidmatan tersebut selepas ini.

sistem pembayaran qr sistem pembayaran qr

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!