Mandi Malam Penyebab Jantung Berair? Fakta Atau Sekadar Mitos - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Mandi Malam Penyebab Jantung Berair? Fakta Atau Sekadar Mitos

Avatar
Share

Pesan orang lama memang kebanyakkannya penuh dengan nasihat dan larangan namun setengah daripadanya digunakkan kerana keadaan pada ketika itu.

Larangan mandi malam dicipta kerana pada zaman dahulu, tempat mandi terletak di luar rumah dan ianya amat bahaya untuk mandi pada waktu malam kerana dikhuatiri berlaku sesuatu tidak diingini.

Anak Laki-Laki Memiliki Shower, Setelah Mandi

Kerana itu mereka mengatakan mandi malam boleh dapat paru-paru berair untuk halang anak muda mandi lewat. Masyarakat dahulu juga kurangnya pendedahan tentang kesihatan jadi mereka yang mempunyai jantung lemah mungkin tidak mendapat rawatan yang sebetulnya.

Menurut Dr. Amalina di laman twitternya menyatakan jikalau jantung kita berdegup atau Bradycardia ada sesuatu yang bermasalah dengan jantung kita.

Mitos ini juga ditepis hebat oleh mereka yang mempunyai ilmu agama lebih tinggi seperti Dr Suhazeli Abdullah melalui kiriman facebooknya dan Dr Zul Albakri.

Image

Hakikatnya, mandi malam amat digalakkan terutama bagi mereka yang berkerja shif malam kerana ia dapat membersihkan badan sekaligus menghindari daripada jangkitan kuman.

Jadi kita sebagai anak muda nasihatilah keluarga kita yang masih percaya akan mitos ini dengan cara berhemah dan menyakinkan.

Sumber: Twitter, FMT News, Dr Suhazeli Abdullah, Mayo Clinic

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!