Jangan Terkejut! McDonald's China Keluarkan Menu Sundae Berperisa Minyak Cili );

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

Jangan Terkejut! McDonald’s China Keluarkan Menu Sundae Berperisa Minyak Cili

Share

Seperti yang kita semua tahu bahawa McDonald’s (McD) memang sering mengeluarkan menu baharu untuk setiap negara sesuai dengan selera dan cara pemakanan mereka.

Di Malaysia juga kita mendapatkan nasi lemak McD yang kena dengan tekak dan selera orang melayu kita. Begitu juga dengan negara China di mana mereka mengeluarkan sebuah menu sundae yang baharu.

Sundae berperisa minyak cili yang dipanggil sebagai ‘Spicy Chilli Oil Sundae’ bukanlah satu perkara luar biasa bagi rakyat negara China kerana mereka memang sudah biasa dengan perisa cili dan pedas.

McDonald
Spicy Chilli Oil Sundae; Twitter Chenchenzh
Iklan dikeluarkan Mcdonald China; Twitter

Minyak cili tersebut merupakan gabungan bahan seperti paprika, bawang merah, bawang putih, cili dan rempah ratus yang lain.

Masyarakat di sana menganggap ia satu perkara norma tetapi mungkin sedikit kelainan bagi masyarakat di negara lain kerana gandingan ais krim sejuk bersama minyak cili yang pedas sangat pelik.

Perkara ini malah tular di laman twitter di mana rata-rata netizen sedikit takut dengan gandingan tersebut.

Namun apa pula menurut anda? Adakah sesuai gandingan ais krim bersama sesuatu yang pedas untuk dimakan?

[Sumber: Time Nows News]

Baca juga: ‘Lemang Sushi’ tinjau peluang eksport ke Filipina, Brunei

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!