Meme Bawa Keranda Sambil Menari Sebenarnya Sebuah Tradisi Di Ghana! Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Meme Bawa Keranda Sambil Menari Sebenarnya Sebuah Tradisi Di Ghana!

Share

Masihkan anda ingat dengan sebuah video yang tular kebelakangan ini, memaparkan beberapa individu lengkap bersut kemas membawa keranda sambil menari?

Sehingga ada yang menjadikannya meme untuk tujuan lawak jenaka semasa musim Covid-19 ini.

Sebenarnya video tersebut bukanlah sekadar suka-suka, ternyata ia merupakan sebuah tradisi baru Ghana yang terletak di Afrika Barat.

Menurut penduduk di situ, pengebumian dari segi agama dan budaya tradisional mereka berlainan dengan trend tersebut.

Namun, trend tersebut telah diterima ramai dan menjadi sebuah majlis sosial yang penting serta dilaksanakan dengan begitu meriah.

Penduduk mula menerima konsep menghantar si mati bertemu pencipta mereka dalam keadaan riang dan gembira.

Menurut pemilik perniagaan pallbearing (pembawa keranda) Benjamin Aidoo, pemergian si mati perlu diiringi dengan kegembiraan berbanding meratapi dan menangis.

Video Ghana’s Dancing Pallbearer di Ghana (Sumber BBC)

Benjamin berkata sekiranya duduk di Ghana perlu menjadi kreatif, oleh itu dia sering membuat eksperimen terhadap warna baju seragam pallbearer.

Warna asal seragam adalah hitam namun Benjamin tidak ragu-ragu mempelbagaikan warna, mereka juga bertanggungjawab menambah gerak tari sewaktu upacara dilangsungkan.

Keluarga si mati boleh membuat permintaan khas seperti pengebumian biasa, disertai variasi jenis tarian dan pilihan warna baju seragam pallbearer.

Pakaian seragam memerlukan belanja besar dan lain warna mempunyai nilai berbeza, contohnya warna navy green berharga sekitar 180 dolar manakala putih 225 dolar.

Mereka menguruskan 5 hingga 6 pengebumian seminggu dan perniagaan ini telah membuka peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran di Ghana.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *