Menguap Boleh Berjangkit? Ini Punca Mengapa Kita Sering Ikut Sama Bila Orang Lain Mengantuk );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Menguap Boleh Berjangkit? Ini Punca Mengapa Kita Sering Ikut Sama Bila Orang Lain Mengantuk

Share

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana individu di depan sedang menguap, dan secara tiba-tiba anda pun turut sama menguap?

Perkara ini pastinya pernah dilalui oleh setiap orang dan secara tidak langsung ia telah menyebabkan kita semua mengantuk tanpa diduga.

Nak tahu anda tergolong sama ataupun tidak? Cuba lihat video di bawah.

 

 

Haa berapa ramai di kalangan anda yang menguap? Tahu mengapa ianya berlaku?

Perkara ini terjadi atas beberapa faktor tertentu dan perkara penting yang perlu diketahui adalah ianya bukanlah sejenis virus yang merebak.

Berikut merupakan teori dan fahaman yang perlu anda ketahui berkaitan menguap.

 

Fakta Menguap

Tahukah anda bahawa dengan hanya memikirkan tentangnya sahaja, ia boleh menyebabkan anda menguap serta merta?

Selain itu, menguap juga dikatakan dapat membantu badan mendapatkan lebih banyak oksigen melalui udara dan oksigen yang diterima.

 


Baca Juga: Makan Sosej Boleh Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit?


 

Fakta lain berkaitan menguap adalah seperti yang berikut:

  • Menguap dikatakan sebagai satu tindak balas terhadap keletihan ataupun kekurangan daya rangsangan.
  • Setiap individu akan menguap termasuklah bayi di dalam kandungan ibu. 
  • Menguap dianggap sebagai penyakit berjangkit, namun ia hanyalah sejenis tindak balas semula jadi manusia.

boleh

Menguap merupakan salah satu petanda yang menunjukkan kita dalam kebosanan, namun kadangkala ia juga boleh hadir tanpa diduga.

Umum mengetahui bahawa menguap merupakan satu perkara yang tidak boleh dirancang ataupun dihalang. Namun terdapat beberapa cara yang mungkin boleh mengelakkan anda daripada turut menguap sama.

 

Pernafasan Mendalam

boleh

Sekiranya anda terlalu kerap menguap, cuba untuk lakukan latihan pernafasan menerusi hidung.

Berdasarkan kajian pada tahun 2007, pernafasan melalui hidung didapati dapat mengurangkan masalah menguap yang berjangkit.

 

Aktif Bergerak

Rasa bosan, kepenatan dan tekanan sering menjadi punca mengapa seseorang itu kerap menguap.

Dengan melakukan sesuatu aktiviti yang lebih aktif, ia juga dapat membantu merangsang otak sekali gus mengurangkan kecenderungan untuk anda menguap.

Selain itu, pengambilan kandungan kafein yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada kekerapan menguap.

Siapa yang kaki kopi tu kena kurangkan sikit minum starbuck la ye!

 

Tenangkan Diri

boleh

Cara lain untuk berhenti menguap adalah dengan mencari ruang yang bersuhu lebih rendah.

Walaubagaimanapun, jika anda sibuk, dengan hanya meminum air sejuk atau makanan yang sejuk seperti buah-buahanjuga dikatakan dapat membantu.

 

[Sumber: hellodoktor]

 

Baca Juga: Kereta Anda Sering Rosak? Ketahui 5 Tabiat Yang Boleh Jadi Punca Kerosakan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!