Menyelusuri Revolusi Industri Pertama Hingga I4.0 - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia

Menyelusuri Revolusi Industri Pertama Hingga I4.0

Share

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.

Revolusi industri pertama

Pada akhir 1700 sehingga pertengahan 1800an, transformasi pembuatan barang menggunakan tangan kini beralih ke mesin.

Ia dipelopori oleh negara-negara eropah dan berkembang ke negara-negara lain.

Revolusi industri kedua

Dimulai pada akhir 1800-an dan sebahagian besar sebagai hasil dari penemuan eletrik.

Penyebaran teknologi yang luas dalam bidang kejuruteraan, telegraf, kereta api, gas dan air menyebabkan infromasi dan pergerakan manusia mula berkembang.

Revolusi tersebut juga memberi kesan sosial ekonomi dan budaya yang besar, keperluan dasar seperti makanan dan pakaian, menjadi lebih tersedia.

Aktiviti perdagangan mula meningkat. Populasi melonjak saat orang berpindah dari daerah perkampungan ke ibu kota.

Revolusi industri ketiga

Ia muncul saat pengenalan komputer dan elektronik digital yang lahirnya di tahun 1950an.

Tugas-tugas dengan kemahiran khusus mula diserahkan ke pembuatan mesin.

Dari sudut pandang pengguna dan budaya, era ini sering didefinisikan dengan perubahan mendalam akibat kewujudan peralatan eletronik seperti television dan komputer peribadi.

Revolusi industri keempat

Ia merupakan era digital ketika semua mesin terhubung melalui sistem internet atau cyber system.

Situasi ini memberikan impak yang besar dan membawa perubahan kepada masyarakat. Contohnya, television yang selama ini menjadi satu-satunya hiburan dan informasi perlahan-lahan mulai ditinggalkan dan digantikan dengan penggunaan sistem internet.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!