Merdeka 118 Bakal Jadi Menara Nombor 2 Tertinggi Dunia, Warganet Luah Rasa Kurang Senang );

Type to search

Adamedia Isu Best

Merdeka 118 Bakal Jadi Menara Nombor 2 Tertinggi Dunia, Warganet Luah Rasa Kurang Senang

Share
merdeka

Kejayaan menara berkembar Kuala Lumpur Covention Centre (KLCC) dalam menjadi bangunan ikonik negara telah diakui ramai pihak apabila ianya tersenarai antara bangunan berkembar tertinggi di dunia hingga ke hari ini.

Namun begitu, sebuah lagi bangunan pencakar langit telahpun siap dibina di negara ini dan akan dirasmikan tidak lama lagi.

Merdeka 118 bakal menjadi menara kedua tertinggi di dunia dan secara teknikalnya telahpun menewaskan Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) sebagai bangunan tertinggi setakat ini.

merdeka

Berketinggian 678.9 meter, menara ini bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan akan menempatkan pelbagai kemudahan fasiliti seperti pejabat, kedai, masjid, hotel dan juga pusat membeli-belah.

Meskipun ianya satu kejayaan yang wajar dibanggakan, namun terdapat segelintir masyarakat yang menganggap ianya sebagai satu perkara yang tidak penting dan mensia-siakan.

Dibina di sekitar kawasan bersejarah, bangunan pencakar langit ini terletak di hadapan Stadium Merdeka, tempat di mana Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1957. 

Rata-rata rakyat mempersoalkan pembinaan menara berkenaan berikutan masalah kegawatan ekonomi yang dihadapi ketika ini berada di paras yang agak ktitikal.

Ditengah-tengah kenaikan kos sara hidup, infrastruktur awam yang tidak lengkap, gaji minimum yang rendah dan harga hartanah yang melambung tinggi, secara tiba-tiba rakyat Malaysia dihidangkan dengan bangunan pencakar langit baharu.

Menurut luahan di Twitter, penduduk di Sabah dan Sarawak lebih gembira jika wang yang dilaburkan untuk Merdeka 118 ini digunakan untuk membina lebuh raya di negeri mereka.

Tidak dinafikan, kemudahan jalan raya dan infrastruktur di sana masih kurang, jadi mungkin ada betulnya juga pendapat yang disuarakan oleh pengguna Twitter kan?

Adakah menara Merdeka 118 ini satu pembangunan yang wajar ditambah dan diteruskan di masa hadapan atau sebaliknya? Anda tentukan.

 

[Sumber: twitter, baruviral]

 

Baca Juga: 3 Kali Ganda Lebih Besra Dari New York, Arab Saudi Bakal Bina Bandar Terapung Terbesar Dunia

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!