MetMalaysia Kesan Lekukan Tropika Bergerak ke Semenanjung Utara, Bakal Terjadi Banjir di 4 Negeri Utara );

Type to search

Adamedia Isu Best

MetMalaysia Kesan Lekukan Tropika Bergerak ke Semenanjung Utara, Bakal Terjadi Banjir di 4 Negeri Utara

Share
metmalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa terdapat Lekukan Tropika yang dikesan dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.

Ekoran daripada itu, negeri-negeri di utara Semenanjung diramalkan bakal dibadai cuaca hujan secara berterusan serta angin kencang yang mampu untuk menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.

BACA JUGA: Ramai Prihatin Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Banjir, Raih Perhatian Warganet

Sumber foto: MetMalaysia

Sehubungan dengan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 21 Disember 2021 (Selasa) yang melibatkan kawasan di negeri seperti berikut:

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak (Kerian & Larut, Matang dan Selama).

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan cuaca buruk yang melanda negara pada ketika ini khususnya bagi mereka yang berada berdekatan dengan kawasan yang tersenarai.

[Sumber: Malaysia Meteorological Department]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!