Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh Sekali Lagi Bawa Nama Malaysia Ke Hollywood Menerusi 'Everything Everywhere All At Once' );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh Sekali Lagi Bawa Nama Malaysia Ke Hollywood Menerusi ‘Everything Everywhere All At Once’

Share
yeoh

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan perfileman dunia.

Terbaru, beliau dikhabarkan bakal membintangi filem ‘Everything Everywhere All At Once’ yang bakal ditayangkan pada Mac tahun hadapan.

Filem ini berkisarkan watak Evelyn Wang yang bekerja di kedai dobi dan kemudiannya bergelut untuk melawan kuasa jahat yang menyerang.

yeoh

Melakonkan pelbagai watak dalam satu masa, beliau merupakan seorang selebriti, pahlawan kung-fu dan juga seorang tukang masak.

Turut dibintangi Harry Shum Jr., Jamie Lee Curtis, dan Stephanie Hsu, filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert ini meneroka ke konsep realiti yang pelbagai.

Rata-rata peminat cukup teruja untuk melihat penampilan Michelle Yeoh pada kali ini yang merupakan filem ketujuhnya dalam tempoh empat tahun.

Jangan katakan peminat, min sendiri pun tak sabar nak tengok filem ni nanti, korang pun jangan lupa untuk saksikan tau!

 

[Sumber: coconuts]

 

Baca Juga: [Review] Spider Man No Way Home – Antara Filem MCU Thorbaek!

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!