Microsleep. Letih? Rehat! Ingatlah Orang Yang Tersayang - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Isu Best

Microsleep. Letih? Rehat! Ingatlah Orang Yang Tersayang

Share

Sejak kelakangan ini, kerap kedengaran berita laporan kemalangan yang melibatkan kecuaian pemandu yang terjadi akibat suatu keadaan yang dipanggil Tidur-Mikro atau MicroSleep.

Keadaan ini adalah apabila pemandu terlelap buat beberapa saat ketika pemanduan tanpa disedari. Lebih membahayakan, Tidur-Mikro boleh menjangkau sehingga 30 saat lamanya dan untuk sebuah kemalangan berlaku hanya mengambil masa 2 saat.

Oleh itu, untuk pemanduan yang lebih selamat tiba ke kampung halaman, terdapat beberapa tips yang boleh digunapakai untuk mengelakkan Tidur-Mikro.

Dapatkan tidur yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan

· Jangan memandu ketika mengantuk atau kurang awas dengan sekeliling.
· Berhenti untuk Power Nap sekurang-kurangnya 5-10 minit jika perlu setiap 150KM.

Pemilihan waktu

Rancang waktu pemanduan anda supaya mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Sekiranya memandu pada waktu malam, anda dapat berhenti untuk minum dan makan namun, kemungkinan untuk mengantuk pula adalah tinggi berbanding pulang pada waktu siang.

Cara pemanduan

Pastikan anda tidak memandu terlalu perlahan atau terlalu laju. Pastikan anda memandu mengikut rentak anda namun masih mematuhi halaju jalan raya.

Mempunyai teman berbual

· Mempunyai peneman sewaktu memandu pulang ke kampung halaman adalah satu cara yang berkesan.
· Sekiranya anda belum berkeluarga, ambil alternatif untuk carpool bersama rakan-rakan. Selain menjimatkan kos, bahaya dapat dielakkan!

Aktifkan Minda

· Dengar lagu lagu yang berentak pantas dan bukan yang boleh menambahkan mengantuk sewaktu pemanduan.
· Rancangan podcast yang menarik juga mampu membantu minda anda untuk kekal cergas.

Jaga pemakanan

· Tidur-Mikro boleh dielakkan sebelum pemanduan jika pemakanan kita dijaga dengan betul. Makanan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks mampu memberi tenaga berpanjangan.
· Sebelum pemanduan, pastikan anda tidak terlalu kenyang . Sebaiknya alas perut dengan makanan yang mudah.

Kafein dan Vitamin

· Kafein seperti kopi dan teh mampu memberi anda daya tahan mengantuk namun sekiranya anda memandu pada waktu siang ketika berpuasa, itu akan menjadi kekangan.
· Sebaiknya, ambil vitamin B dan C, kerana ia mampu memberi tenaga yang diperlukan.

Diharapkan dengan tips-tips di atas, pemandu pemandu akan menjadi lebih berhemah dan merancang perjalanan pulang dengan baik.

Beringat sebelum kena, dan berwaspada sentiasa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!