MIECC Terima 5 Ribu Janji Temu Vaksinasi Dijadualkan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

MIECC Terima Lebih Kurang 5 Ribu Janji Temu Vaksinasi Yang Dijadualkan Pada Hari Pertama Operasi

Share
MIECC

Hari demi hari, pasti ada pusat-pusat baharu yang dibuka dan dikhaskan untuk program vaksinasi di Malaysia.

Untuk mempercepatkan proses vaksinasi, terdapat sebuah lagi pusat vaksinasi mega di MINES International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor yang telah mula beroperasi hari ini

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menyatakan MIECC menerima lebih kurang 5,000 janji temu yang dijadualkan untuk hari pertama.

MIECC
MIECC
MIECC

Jumlah PPV ini akan meningkat secara beransur-ansur sehingga kapasiti penuh pusat ini – 10,000 sehari.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk memeriksa aplikasi MySejahtera mereka bagi mengesahkan perincian janji temu vaksinasi COVID-19 mereka.

Para penerima vaksin juga diminta untuk tidak hadir terlalu awal bagi mengelakkan kesesakan. Temujanji di pusat vaksinasi MIECC bermula dari jam 9 pagi hingga 8 malam.

Pembukaan pusat ini sejajar dengan komitmen pemerintah dalam memastikan kadar vaksinasi konsisten dan mempercepat program vaksinasi negara.

Sehingga semalam (13 Jun 2021), jumlah dos vaksin yang diberikan telah meningkat kepada 4,490,270. Untuk mendaftar vaksinasi, anda boleh melakukannya di laman web rasmi JKJAV di sini atau melalui aplikasi MySejahtera.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!