Miliki Mata Berwarna Biru, Gambar Si Cilik Ini Tular Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Miliki Mata Berwarna Biru, Gambar Si Cilik Ini Tular

Share

Baru-baru ini tular di media sosial dua keping gambar seorang murid sekolah rendah yang memiliki keunikkan pada bahagian matanya.

Jarang kita melihat masyarakat di Malaysia mempunyai warna mata seperti ini, jika ada populasinya sangat sedikit.

Bagi kisah si cilik ini pula, dia mempunyai sepasang mata berwarna biru!

Persis penduduk di Finland dan Estonia yang merupakan populasi terbesar di dunia yang mempunyai warna mata seperti ini.

Gambar tersebut dikongsi oleh gurunya di laman Facebook bernama Akmal Adi dan dikongsi senula di laman Twitter oleh @brotherjambang.

‘Dah 18 kali aku perhatikan mata anak murid aku ni.. kali ke 19 tak boleh tahan kena ambil gambar jugak.. minta-minta lah nanti baby kenan mata budak ni..warna mata ori ni..bukan pakai contact lens ye’

Kapsyen berikut disertakan sekali bersama gambar tersebut.

Mata asli ye guys, cantik sangat kan!

Dr Amalina Bakri turut tertarik untuk menerangkan faktor mata berlainan warna itu dalam satu kicau (tweet) di laman Twitter miliknya.

Selain anugerah dari Allah, keadaan ini dari sudut perubatan dikenali sebagai Waardenburg Syndrome.

Menurut beliau, sindrom ini merupakan keadaan genetik dimana ia menukar pigmentasi iaitu warna pada mata, rambut atau kulit.

Mereka yang mempunyai sindrom ini cenderung memiliki mata berwarna biru pucat atau warna berlainan untuk setiap satu mata seperti biru dan coklat.

Terdapat juga keadaan di mana mereka kehilangan deria pendengaran, namun kebanyakan mereka masih mempunyai pendengaran yang normal.

Keadaan ini tidak semestinya diwarisi dari mak atau ayah kerana majoriti masyarakat Malaysia mempunyai mata berwarna hitam atau coklat.

Tentera bawang di luar sana jangan pula buat spekulasi jika terlihat mata anak lain dari ibu bapanya ya.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!