Tular 'Minah Salleh' Tak Pakai Pelitup Muka di KLCC, KJ Beri Respon Ringkas );

Type to search

Adamedia Isu Best

Tular ‘Minah Salleh’ Tak Pakai Pelitup Muka di KLCC, KJ Beri Respon Ringkas

Share
minah salleh

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang ‘minah salleh’ yang dilihat mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki sebuah premis.

Hal itu selepas wanita itu dipercayai enggan mengenakan pelitup muka sebelum dihalang oleh pekerja di sebuah butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) dan ia telah mengundang kemarahan warganet selepas dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

BACA JUGA: Gara-gara Aksi Bodoh Lukis Pelitup Muka untuk Masuk Dalam Pasar Raya, Dua Influencer Ditahan & Dihalau Keluar Bali

Menyedari dirinya ‘dipanggil’ warganet, Khairy Jamaluddin turut tampil memberikan respon balas terhadap kejadian itu dan beliau menegaskan agar orang ramai khususnya pelancong asing supaya mengenakan pelitup muka ketika berada di setiap lokasi awam di Malaysia.

Kalau berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka.

Itu amaran yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung insiden minah salleh yang dikatakan bertengkar dengan pekerja di KLCC kerana keengganannya memakai pelitup muka.

Khairy berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak KLCC.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi laman Twitternya baru-baru ini dengan meminta setiap individu untuk memakai mask tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat lain.

Menerusi ciapannya itu juga, Khairy turut berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah di KLCC berhubung kejadian itu. Pastinya, tindakan minah salleh tersebut pastinya mengundang kritikan dari warganet.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!