Misteri Kematian Keluarga Chundawat Di Burari: Rahsia Sebuah Rumah );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Misteri Kematian Keluarga Chundawat Di Burari: Rahsia Sebuah Rumah

Share
chundawat

Netflix baru saja menayangkan filem dokumentari tiga episod siasatan serta pendedahan tentang kes misteri kematian 11 sekeluarga Chundawat di Burari, India di mana sepuluh orang daripada mereka telah membunuh diri dengan cara menggantung diri manakala seorang lagi pula mati akibat dicekik.

Sama ada mereka semua benar-benar mati bunuh diri atau sebenarnya dibunuh, apa yang pasti, kematian keluarga Chundawat ini mempunyai unsur mistikal dan khurafat.

Tiga generasi, satu kematian. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka semua ini?

Keluarga Chundawat terdiri daripada 11 orang semuanya dengan Narayan Devi yang berusia 77 tahun bertindak sebagai ketua keluarga.

Mereka dikatakan sudah menetap di kawasan Burari, Delhi selama 20 tahun. Keluarga Chundawat merupakan sebuah keluarga sederhana yang menjalankan perusahaan kedai runcit dan papan lapis.

BACA JUGA: ‘Hoarding Disorder’ Masalah mental Tabiat Mengumpul Barang

Selain itu, keluarga Chundawat juga bukanlah keluarga yang bermasalah apatah lagi mempunyai musuh. Dalam erti kata lain, keluarga Chundawat adalah keluarga yang baik.

Kisah sebenar bermula pada pagi 1 Julai 2018 apabila kedai runcit keluarga Chundawat tidak dibuka seperti hari kebiasaannya. Musykil dengan keadaan tersebut, seorang jiran tetangga kawasan berkenaan yang bernama Gurcharan Singh pun bertindak untuk memeriksa keadaan di rumah keluarga Chundawat.

Apa yang berlaku kemudian, Gurcharan telah menemui 10 mayat anggota keluarga Chundawat dalam keadaan tergantung pada siling rumah di mana tangan mereka telah diikat ke belakang manakala mata dan mulut pula ditutup dengan kain.

Hanya Narayan seorang saja yang ditemui mati di dalam bilik berasingan dengan punca kematiannya adalah akibat dicekik.

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan oleh pihak polis di lokasi kejadian, tiada sebarang tanda pergelutan dan kehilangan barangan berharga.

Pihak polis pada mulanya mengesyaki bahawa kematian semua mangsa berkemungkinan besar adalah satu kes pembunuhan yang kelihatan seperti bunuh diri.

Namun setelah mendapat laporan forensik dan keterangan daripada jiran setempat, pihak polis percaya bahawa kematian keluarga Chundawat ini sebenarnya kes bunuh diri secara beramai-ramai.

Kesimpulan dibuat susulan pihak polis yang diberitahu tentang perangai salah seorang mangsa iaitu Lalit Bhatia, 45 tahun yang dikatakan berubah sejak kematian bapanya. Bermula dengan penemuan 11 buah diari aneh yang ditulis oleh Lalit, kes kemudian menjadi semakin rumit. Diari bukan sebarang diari kerana diari itu menyimpan seribu satu rahsia gelap keluarga Chundawat.

Bapa Lalit iaitu Bhopal Singh telah meninggal dunia pada tahun 2007. Sejak itu, Lalit bukan seperti Lalit yang sebelumnya. Dia lebih banyak mendiamkan diri daripada untuk berborak. Lalit gemar melakukan aktiviti pelik seperti bersembahyang di depan pokok dan juga memberikan makanan kepada binatang liar.

Tempat gantung diri oleh 10 ahli keluarga Chundawat. / Foto: Netflix

Dia juga ada memberitahu keluarganya tentang roh Bhopal telah merasukinya supaya mereka semua dapat kembali bersama. Ada masanya Lalit tiba-tiba berperwatakan seperti mendiang bapanya. Perkara tersebut dipercayai sepenuhnya oleh keluarga Chundawat yang lain.

Menerusi catatan diari Lalit, dia banyak mengeluh tentang keadaan keluarganya yang dirasakan harus mengubah cara hidup mereka. Seperkara lagi harus diketahui, cara kematian keluarga Chundawat adalah sama seperti arahan ritual yang ditulis oleh Lalit dalam diari itu.

Melalui pemeriksaan kamera litar tertutup, beberapa orang anggota keluarga Chundawat dilihat telah pergi membeli wayar kabel dan membawa masuk kerusi bangku ke dalam ke rumah untuk dijadikan sebagai peralatan ritual. Dalam erti kata lain, keluarga Chundawat melakukan persediaan membunuh diri.

Tidak semua pihak bersedia untuk menerima penjelasan daripada pihak polis. Begitu juga dengan sebahagian daripada saudara-mara keluarga Chundawat yang percaya kematian mereka adalah satu kes pembunuhan.

Lagipun, keluarga Chundawat merupakan keluarga berpendidikan yang tidak mengamalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran agama. Bahkan mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah kewangan apatah lagi untuk membuat sebarang pinjaman wang.

Jadi agak tidak masuk akal untuk mengatakan keluarga Chundawat membunuh diri. Daripada sudut psikologi, boleh jadi keluarga Chundawat ini menderita gangguan Perkongsian Psikosis yakni sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu mengalami delusi sama dengan orang terdekatnya yang terkena gangguan mental.

Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!