Misteri Ukiran Kucing Gergasi Berusia 2200 Tahun Dijumpai Di Peru Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Misteri Ukiran Kucing Gergasi Berusia 2200 Tahun Dijumpai Di Peru

Share

Sebuah ukiran kucing gergasi misteri telah dijumpai terukir di lereng bukit di Gurun Peru Nazca.

Ukiran tersebut yang dikenali sebagai geolif mencatatkan ukuran 120 panjang kaki, dan lebih menarik ianya tidak pernah dibongkar atau dijumpai hampir 2000 tahun di tempat kejadian.

Jhonny Isla, Arkeologi dan Pengarah Pengurusan Sistem Taman Arkeologi Nazca-Palpa, menyatakan mereka sedar bahawa akses ke titik pandang telah melintasi geoglif dan kami telah bercadang untuk mengubahnya kerana ia tidak mustahil untuk mempromosikan akses dengan merosakkan khazanah warisan.

“Sepanjang proses berlangsung, kami menyedari bahawa garisan ukiran tersebut tidak normal dan ianya unik”.

“Tambahan lagi, kami yakin bahawa masih terdapat lagi ukiran mahupun khazanah lain yang masih belum dijumpai”.

Menteri Kebudayaan Peru menyatakan di dalam penyataanya, ukiran tersebut agak samar-samar saat pertama kali dijumpai kerana lokasi tersebut sering terjadinya hakisan secara semula jadi.

Setelah kajian dilakukan, garisan geoglif tersebut berukuran 12 hingga 14 inchi lebar pada beberapa bahagian dan ianya 121 kaki panjang. Tarikh rasmi ukiran tersebut ialah dianggarkan pada sebelum abad ke-200.

Pengumuman tersebut telah dilakukan oelh seorang ahli arekologi dari Universiti Yamagata, Jepun. Diikuti dengan kajian selama 15 tahun menggunakan pelbagai teknologi canggih seperti drone, satelit malah alatan imbasan yang canggih.

Penemuan tersebut menimbulkan banyak tanda tanya dan misteri. Pakar juga berpendapat bahawa ukiran tersebut muncul disebabkan kepercayaan ritual orang zaman purba.

Sehingga kini ianya masih dalam kajian dan semestinya akan timbul lebih banyak misteri dan khazanah dahulu yang masih belum diterokai.

Sumber : Dailymail.com

Kredit: Dailymail.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!