Momen 1 Minit Rakam 'Ujian' Buat Bilal Sewaktu Solat );

Type to search

Adamedia Isu Best

‘Ujian’ Buat Bilal, Serban Tertanggal Sewaktu Solat, Shaheizy Sam Baca Doa Gigil Tahan Gelak!

Share
bilal

Rakaman serban bilal tertanggal dari kepala benar-benar melucukan, tambah pula diperhatikan orang memang sampai terbatal lah solatnya sebab tak tahan gelak! Hahahaha

Selalu kalau solat kita pernah je kan dengar kisah perempuan telekungnya tertarik dan dipijak ketika ingin bangun dari sujud, tapi kali ini berbeza kerana versi lelaki pula.

Serban yang dipakai oleh seorang bilal tercabut ketika dia sujud, lalu terlerai dan menjadikannya seakan memakai tudung. 

Jika dilihat pada video yang dikongsikan oleh aktor Malaysia, Shaheizy Sam di Instagram sewaktu dia solat tarawih bersama keluarga, reaksi Sam yang sedang gigil tahan gelak sambil membaca doa menjadikan keseluruhan jemaah disitu tidak dapat menahan gelak, termasuklah si bilal.

Instagram: shaheizy_sam

Punyalah si bilal try hard untuk cuba abaikan dan terus solat tetapi tewas pada Sam hahaha! Sam ni memanglah, masuk air betul! Padah tak ikat serban kan dah jadi bahan gelak.

Tapi betul lah kan, kalau kita ternampak benda spontan macam tu memang automatik akan gelak. Nak gelak macam dosa tapi dah jadi depan mata memang gelak lah cerita dia.

 

Bukan Sam sahaja yang mengalami peristiwa lucu ketika solat berjemaah mahupun sendirian. Netizen pun turut kongsi di ruangan komen ‘ujian’ yang pernah mereka lalui ketika beribadah sebelum ini.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 440,000 jumlah tontonan daripada wargamaya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!