Money Heist Versi Korea Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula Tahun Hadapan );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Preview

Money Heist Versi Korea Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula Tahun Hadapan

Share
bakal

Selepas berjaya mencetus fenomena di peringkat global, drama siri Netflix berbahasa Sepanyol, Money Heist dikhabarkan bakal diterbitkan dalam versi Korea tidak lama lagi.

Berita itu diumumkan sendiri oleh salah seorang pelakon drama tersebut, Park Hae-soo yang akan membawakan watak Berlin dalam Money Heist versi Korea Selatan itu.

“Kami tidak sabar ingin mempersembahkan pada anda Money Heist versi Korea pada 2022,” kata Hae-soo dalam satu hantaran video.

Beliau berterima kasih kepada pelakon Pedro Alonso kerana sudi mengirimkan topeng istimewa tersebut yang merupakan simbolik kepada geng perompak dalam siri terbabit.

“Sebaik siri ini ditayangkan awal tahun depan, saya akan menghadiahkan satu untuk Pedro,” katanya. Dalam pada itu, Hae-soo mengaku teruja apabila diberi peluang untuk terbabit dalam siri terbabit.

“Saya harap Money Heist versi Korea akan diterima dan disokong oleh anda semua,” katanya.

bakal

Walaubagaimanapun, watak individu dalam siri Money Heist Korea ini akan menampilkan sisi dan personaliti yang sama sekali berbeza daripada bahasa asal.

Siri ini bakal dibarisi para pelakon yang hebat-hebat seperti Yoo Ji-tae (Professor), Jun Jong-Seo (Tokyo), Kim Ji-hoon (Denver) dan Jang Yoon-ju (Nairobi).

bakal

Korang yang kaki Netflix mesti tak sabar dah kan nak layan Money Heist versi Korea
ni, maklumlah peminat K Drama pun boleh tahan ramai kebelakangan ni.

Agak-agak apa la lagu tema versi Korea ni ye, Bella Ciao lagi ke?

 

[Sumber: nme]

 

Baca Juga: Membanggakan! Filem Prebet Sapu Wakili Malaysia Ke Anugerah Akademi Oscars

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!