Mortal Kombat Kutip AS$51 Juta Dolar Seluruh Dunia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Mortal Kombat Kutip AS$51 Juta Dolar Seluruh Dunia

Share
MORTAL KOMBAT

Filem adaptasi dari video game Mortal Kombat, menunjukkan prestasi positif apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak $51 juta di seluruh dunia.

Di pasaran domestik Amerika Syarikat, filem tersebut berjaya mengutip $23 juta dolar dalam tempoh tiga hari tayangan (23 April – 25 April).

Sebanyak $27 juta telah dikutip di pasaran antarabangsa, bagaimanapun, butiran pasaran yang mencatat kutipan tertinggi tidak didedahkan laman Box Office Mojo.

Filem terbaru New Line Cinema / Warner Bros. ini dihasilkan dengan modal sebanyaj $55 juta dolar. Jika prestasi baik ini berterusan sepanjang tayangannya, peminat pasti dapat melihat sekuelnya yang akan datang.

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!