Nas Daily Hilang 20 Juta Pengikut Selepas Hina Rakyat Filipina Miskin & Eksploitasi Budaya Demi Wang );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Nas Daily Hilang 20 Juta Pengikut Selepas Hina Rakyat Filipina Miskin & Eksploitasi Budaya Demi Wang

Share
hina

Nas Daily merupakan sebuah syarikat produksi yang sering menjalankan kajian berdasarkan temubual dan wawancara di laman media sosial mereka.

Mempunyai jumlah pengikut seramai 20 juta orang di laman Facebook, menjadikannya antara syarikat produksi yang terkenal di serata dunia.

Namun begitu, baru-baru ini Nas Daily dikecam penduduk Filipina kerana syarikat itu didakwa menghina dan menyebarkan berita palsu berkenaan kehidupan di negara berkenaan.

hina

Pada 5 Ogos lepas, Nas Daily telah didakwa oleh pengasas The Cacao Project, Louise Mabulo kerana menghina rakyat Filipina dengan mengatakan mereka adalah orang miskin.

Difahamkan, perkara ini berlaku pada tahun 2019, di mana mereka telah bertemu di kampung Louise semasa Nas Daily hadir ke situ untuk The Cacao Project.

Pada mulanya Louise begitu teruja kerana hendak bertemu dengan personaliti terkenal yang beliau sanjungi namun, segala-galanya berubah apabila sesi temu ramah yang dijalankan dilihat lebih ke arah penghinaan.

hina

Beliau melihat sendiri bagaimana Nas Daily mengejek bunyi dan bahasa pertuturan masyarakat tempatan Filipina dengan mengatakan ianya sangat biadab.

Setelah 2 tahun mendiamkan diri, Louise akhirnya tampil bersuara apabila Nas Daily sekali lagi cuba mengeksploitasi rakyat Filipina dengan menghasilkan kandungan video demi menjana pendapatan.

Terbaru, Whang Od yang merupakan pelukis tatu tradisional dunia telah menjadi mangsa.

hina

Nas menyebarkan berita bahawa Whang Od akan membuka kelas tatu secara dalam talian di bawah kelolaan mereka di dengan bayaran 750 Peso (RM63), namun cucu kepada Whang Od menjelaskan bahawa neneknya tidak pernah menyatakan sebarang persetujuan seperti itu.

Perkara ini dilihat sebagai satu penghinaan buat seluruh rakyat di Filipina apabila video tersebut bakal menjadi tontonan umum dunia walhal ianya sama sekali tidak benar.

hina

Berikutan daripada itu, rakyat Filipina telah mereka petisyen untuk mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ di Filipina. ‘Persona Non Grata’ adalah gelaran kepada individu yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara buat selama-lamanya selepas didapati melakukan kesalahan.

Jika petisyen ini dipersetujui oleh majoriti masyarakat, maka berkemungkinan besar Nas Daily akan diharamkan untuk memasuki ke Filipina.

 

Sumber: mypendidik

 

Baca: Kerana Takut Mati, Lelaki Sydney Ini Terima 4 Kali Suntikan Vaksin COVID 19
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!