Nelli’s Deli, Resepi Kampung & Selera ‘Barat’ Bergabung - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Makan Pilihan Adamedia

Nelli’s Deli, Resepi Kampung & Selera ‘Barat’ Bergabung

Share

Kafe kegemaran warga Ipoh ini cukup popular dengan signature dish mereka iaitu Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah yang berjaya menambat selera pelanggan untuk kembali menikmati menu lain di sini! #IpohMali

Walaupun sepinggan nasi lemak sedikit mahal jika dibandingkan dengan yang lain, bagi penulis portion nasi lemak Nelli’s Deli cukup berbaloi kerana dihidangkan dengan seketul ayam goreng, sambal sotong atau sambal udang.

Terletak di tengah-tengah Bandar Lama Ipoh, Nelli’s Deli menawarkan menu Barat yang bermacam jenis termasuk set sarapan pagi ala western seperti fish and chips, chicken chop dan aglio olio seafood spaghetti.

Jika tekak kurang gemar selera barat, jangan risau tentang perkara itu kerana Nelli’s Deli turut menyajikan mee rebus, cucur udang, asam laksa dan nasi goreng kampung.

Chop! Ada satu lagi hidangan mesti dicuba di Nelli’s Deli iaitu nasi ulam dengan ayam goreng menggunakan herba tempatan. Setiap hidangan ini didatangkan dengan ulam segar, taugeh, telur masin, sambal pedas dan ayam goreng.

Bagi menu ringan-ringan, anda boleh pesan cucur udang, cucur ikan bilis atau nikmati churros dengan sos coklat sebagai pencuci mulut.

Pada asalnya, Nelli’s Deli telah dibuka di Sunway City Ipoh (Jalan Raja Ekram) sejak tahun 2011 dan waktu itu hanya menyediakan mee rebus sahaja. Mee rebus Nelli’s Deli antara menu sebutan serta rebutan di Ipoh.

Kini, lokasi Nelli’s Deli terletak di kawasan strategik dan tumpuan pelancong di Ipoh, iaitu Kong Heng Square atau lebih dikenali sebagai Plan B. Kawasan tersebut lebih fleksibel, banyak tempat parking dan mudah akses.

Selain itu, kedudukan port makan ini juga berdekatan dengan kawasan kolonial Ipoh yang dipenuhi dengan hiasan mural, kafe hipster dan street market.

Salah satu lorong yang menjadi tarikan di sini adalah Concubine Lane (Market Lane) – menonjolkan seni tempatan, budaya setempat serta pelbagai tawaran sajian tempatan jalanan yang menyelerakan seperti ais krim potong, gula-gula kapas, ais kepal madu dan banyak lagi.

Kami sarankan anda pergi bersiar-siar di Market Lane dulu, ‘cuci mata’ kemudian bila perut dah lapar, nasi lemak ayam goreng dan sambal sotong di Nelli’s Deli setia menanti anda!

Nota Kaki

Nota Kaki

Nelli’s Deli sesuai untuk lepak santai selepas penat berjalan sekitar Bandar Ipoh, kerana ada hidangan teatime yang simple seperti brownies dengan ais krim, roti bakar, kek dan dessert. Kopi tidak terkecuali dan semuanya home made!

Alamat: No. 99, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh (Plan B area). Bersebelahan Burps & Giggles.

Waktu Perniagaan: Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!