Netflix Dedah Teaser Poster “Kingdom: Ashin of the North” );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Preview

Netflix Dedah Teaser Poster “Kingdom: Ashin of the North”

Share
Netflix

Netflix telah melancarkan beberapa teaser poster pertama untuk drama yang dinantikan Kingdom: Ashin of the North, episod khas yang akan memperluas dunia siri Kingdom.

Episod khas ini mengungkap asal-usul tumbuhan kebangkitan yang mencetuskan peristiwa tragis yang melanda Joseon, dan wanita yang ditinggalkan oleh semua orang iaitu Ashin.

Salah satu poster yang dilancarkan menampilkan Ashin sebagai gadis muda, individu yang sama ketika dia muncul dalam teaser trailer pertama yang telah menimbulkan rasa ingin tahu dikalangan peminat.

Di satu lagi poster, tanaman kebangkitan digambarkan sebagai mistik dan halus dengan bunga berwarna magenta.

poster kingdom

Poster-poster lain digambarkan seperti berikut: mata putih harimau yang telah dijangkiti; mayat mengerikan bagi mereka yang mengalami kematian yang kejam dan misteri; dan Ashin berdiri di ladang kebangkitan yang dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati.

Gelombang takdir pasang surut akibat pertemuan ini menyingkirkan Ashin, memancarkan riak tragedi yang akhirnya akan melanda Joseon.

Kim Sia memainkan peranan sebagai Ashin sewaktu muda, dan Gianna Jun memainkan watak yang lebih tua, dalam membongkar latar belakang wanita misteri yang muncul di akhir Musim Ke-2 Kingdom.

Park Byung-eun mengulangi peranannya sebagai Min Chi-rok, seorang pemuda yang bertemu dengan Ashin di wilayah utara yang sejuk.

Wataknya kemudian menjadi ketua Royal Commandery Division yang membantu Putera Mahkota Lee Chang dalam melawan konspirasi untuk merebut takhta dan mereka yang dijangkiti dari mengambil alih istana kerajaan.

Pengarah Kim Seong-hun dan penulis Kim Eun-hee, duo yang mengetuai siri Kingdom, kembali bekerjasama untuk episod khas ini demi peminat di seluruh dunia yang tidak sabar menunggu kisah Ashin. Kingdom: Ashin of the North akan dilancarkan 23 Julai ini, hanya di Netflix. – kakimuvee

Bingkisan Trailer Kingdom: Ashin of the North

Baca Lagi: 4 K-Drama Best Tahun 2021 Korang Boleh Layan Di Netflix PKP Ini

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!