Netflix Kini Ada di Astro Gais! );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Netflix Kini Ada di Astro Gais!

Share
astro

Pelanggan Astro kini boleh menstrim Netflix menggunakan peranti Astro dan menikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek langganan yang diperkenalkan melalui ‘Pengalaman Baharu Astro’ .

Inisiatif terbaharu ini membolehkan pelanggan menstrim semua program kegemaran mereka menerusia Ultra Box dan selepas ini, mereka boleh melakukannya dengan Ulti Box juga.

Dalam satu kenyataan di sini berkata, pek terbaharu ini direka khas untuk pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain.

BACA JUGA: “Tak perlu abang Installment dah..,” Astro Ultra Plug & Play Box Boleh Sambung Dengan WiFI Rumah

Menurut kenyataan itu lagi, menerusi satu platform utama iaitu Astro, pelanggan boleh menikmati program penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ serta acara sukan berprestij dunia.

“Pakej-pakej terbaharu adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.

“Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.

“Pengalaman Baharu Terhebat’ ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif dan semuanya ini dalam satu bil sahaja,” menurut kenyataan itu.

“Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan,” katanya.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski pula menyatakan pihaknya gembira dapat berkolaborasi dengan Astro melalui pek terbaharu itu.

“Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana.

“Di Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada tandingannya kepada setiap pelanggan kami.

“Oleh yang demikian, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai,” ujarnya.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!