Netflix Terus Rancak Hasilkan Lebih Banyak Drama, 'Original Series' Korea Selatan Tahun 2021 );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

Netflix Terus Rancak Hasilkan Lebih Banyak Drama, ‘Original Series’ Korea Selatan Tahun 2021

Share
drama

Siapa sini peminat drama atau filem secara strim dalam talian? Korang pasti teruja setelah membaca perkongsian menarik ini terutama Netflix subscriber.

Sebut sahaja Netflix, semua orang tahu laman penstriman yang paling trending ketika ini.

netflix

Tambah pula kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung di rumah seperti di Malaysia (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi aktiviti di rumah sememangnya disaratkan dengan menonton cerita-cerita kegemaran di Netflix.

Menyedari peningkatan peminat filem dan drama secara dalam talian atau strim, Netflix tampil dengan hala tuju terbaharu.

Menurut laporan The Korea Times, laman gergasi penstriman Amerika Syarikat itu bersedia untuk memenuhi citarasa peminat siri asal serta Kdrama yang mahukan lebih banyak karya diadaptasi daripada komik.

Dengan populariti yang semakin meningkat dari siri TV Korea berasaskan *webtoon seperti Sweet Home dan The Uncanny Counter menerusi penstriman di dalam mahupun luar negara, Netflix akan mempercepatkan tren tersebut dengan kemunculan beberapa siri terbaru.

drama
Sweet Home

Siri asal All of Us Are Dead oleh pengarah Lee Jae-kyoo kini diadaptasi menjadi drama komedi berdasarkan webtoon Now at Our School.

Tidak lama lagi, siri ini berada dalam carian original series 2021 untuk pelanggan Netflix di seluruh dunia.

Jika mengikut adaptasi siri komik web asal, ia menampilkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang berjuang untuk terus hidup ketika serangan virus zombie melanda sekolah mereka.

Selain itu, komik web seram Hellbound karya Yeon Sang-ho dari pengarah Train to Busan (2016) bakal diangkat menjadi siri original untuk Netflix.

Drama ini berkisarkan gambaran dunia fantasi di mana manusia akan diheret ke neraka oleh makhluk ghaib.

Seterusnya, kartun web popular D.P: Dog Days yang memaparkan perlakuan tidak berperikemanusiaan semasa menjalani rutin dalam tentera, juga akan diterbitkan untuk siri asal Netflix pada tahun 2021.

drama
All of Us Are Dead
drama
The Uncanny Counter

Mahu terus relevan dan mengikuti trend semasa, Netflix telah berjaya mendominasikan pasaran Korea menerusi siri komedi romantis Love Alarm (2019) dan drama Itaewon Class (2020).

Tidak dilupakan juga, siri seram apokaliptik Sweet Home, berdasarkan kartun web yang sama telah menjadi salah satu filem keluaran Netflix yang paling ‘meletup’ yang pernah dihasilkan di Korea Selatan.

Nampak tak bagaimana agresif Netflix untuk menguasai pasaran drama dan filem penstriman dunia sehingga sanggup melabur untuk menjayakan sesebuah karya asal Korea Selatan.

Penulis berpendapat bahawa pasaran Asia Tenggara yang didominasi oleh beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina telah memilih streaming service seperti Viu untuk menonton filem serta drama menarik terbitan Korea Selatan.

Jadi, ini masanya Netflix turut mengorak langkah memenuhi citarasa penggemar penstrim tv digital untuk menghidupkan segmen K-drama. Harap-harap “Nurflix” juga akan menjadi platform penstriman kegemaran satu hari nanti.

*Trivia – Webtoon merujuk kepada penghasilan kartun atau komik web di Korea Selatan secara atas talian.

Featured image – Filmdaily.co
drama
Siri Hellbound arahan pengarah Train to Busan
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!