Netflix Semakin Rancak, 6 Anime Ini Mendapat Tempat Di Hati Penonton );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Netflix Semakin Rancak, 6 Anime Ini Mendapat Tempat Di Hati Penonton

Share

Nettflix kini bukan sahaja memfokuskan kepada drama-drama ataupun filem yang menjadi kegilaan para peminat tetpai kini mereka juga semakin galak menayangkan rancangan anime.

Anime juga kini mendapat sambutan hangat dari para penonton tidak mengira had umur.

Rancangan anime di bawah ini antara yang menjadi bualan hangat dan rating yang agak tinggi di Netflix dari para peminat kerana alur penceritaan serta kepadatan visual dan watak cerita yang ada.

1. DOTA: Dragon’s Blood

Anime
Sumber: Netflix

Peminat permainan DOTA semestinya sangat seronok dan teruja dengan berita ini kerana anime ini diangkat dari permainan DOTA 2. Anime ini berkisahkan tentang Davion seorang Dragon Knight yang ingin menghancurkan The Scourge. Semakin lama ia menyelam ke dalam pengembaraannya semakin jauh perjalanan yang dia hadapi.

2. The Way of the Househusband

Sumber: Netflix

Yakuza tapi dah beralih kerjaya kepada suri rumah? Janga terkejut sebabnya anime ini akan membuat anda ketawa dan pecah perut dengan telatah Tastu yang dikenali sebagai ‘the Immortal Dragon’ mengambil keputusan drastik menjadi suri rumah.

Kalau dahulu dia amat digeruni musuh serta anak buahnya kini dia menjadi seorang yang penyayang terhadap keluarganya. Anda boleh menyaksikan anime komedi ini bermula 8 April ini.

3. Pacific Rim: The Black

Sumber: Netflix

Perang robot dan raksasas? Menarik bukan, anime ini akan membawa anda kepada satu pertempuran yang sangat hebat. Siri ini berdasarkan filem blockbuster yang terkenal arahan Guillermo del Toro dan Legendary Entertainment.

Ianya berkisahkan bagaimana sepasang saudara lelaki yang memulakan perjalanan untuk mencari ibu bapa mereka. Pada suatu hari kedua adik beradik tersebut menjumpai robot Jaeger yang terbiar dan mereka gunakan sebagai latihan untuk mengawalnya ketika bertempur dengan raksasa Kaiju. Bersiap siaga untuk merasai sesuatu kelainan yang mungkin anda tercari-cari.

4. Black Clover

Kalau dulunya anime ini kurang mendapat perhatian ramai tetapi kini ia malah menjadi kegilaan ramai. Jalan cerita, perkembangan watak serta grafik animasi ketika bertarung yang menjadi kegilaan penonton. Ditambah lagi dengan lagu-lagu ost yang sangat sedap dan menarik untuk didengar.

Anime ini berkisahkan tentang Asta yang dilahirkan tanpa sebarang magik yang menajdi satu keperluan di dunia mereka. Namun dia tetap tidak patah semangat dan ingin menjadi Raja Sihir supaya lebih dihormati dan mampu menolong lebih ramai orang.

5. 5 Centimeters Per Second

Sumber: Netflix

5 Centinmeters Per Second merupakan filem anime berkisahkan perjalanan cinta Takaki Tono yang penuh dengan emosi. Dia terperangkap dalam kenangan masa kecilnya dengan sahabat dan cinta pertamanya, Akari Shinohara.

Sesuai dengan tajuknya, kisah cinta mereka sangat mencabar kerana halangan tempat dan masa menjadi masalah utama. Filem ini bakal menyajikan anda sebuah visual dan ost yang menarik tetapi ditambah dengan alur cerita yang ringkas tetapi sangat tepat dengan kehidupan kita.

Filem ini juga berjaya meraih kegemilangan dengan mendapat anugerah Best Animated Feauture Film dari The Asia Pacific Screen Awards 2007. Filem ini diarahkan, diterbitkan serta ditulis sendiri oleh Makoto Shinkai yang terkenal dengan filem-filemnya yang memang cukup terkenal seperti Your Name dan Weathering With You.

6. Attack on Titan

Sumber: Netflix

Anime ini memang sudah menjadi bualan mulut orang ramai kerana kepandaian penulis manga Hajime Isayama yang banyak bermain emosi dengan para penonton. Kisahnya bermula Eren Yeager yang kehilangan segalanya akibat perbuatan kejam Titan dan paling menyedihkan ialah dia terpaksa melihat ibunya mati dan dimakan oleh Titan secara nyata.

Plot penceritaanya sangat bagus kerana berkonsepkan peperangan antara manusia dan Titan serta konfliks yang sangat serius kerana ia bermain dengan emosi serta sejarah peradaban manusia.

Kini ianya sudah masuk ke musim yang terakhir dan perjalanan ceritanya semakin memuncak dan ramai yang tidak sabar menunggu pengakhiran hidup Eren dan dunia mereka. Yang paling menariknya ialah ost mereka sangat bersifat patriotik dan mengangumkan serta visual yang ditunjukkan bukan calang-calang.

Tidak boleh memutuskan untuk menonton rancangan anime apa? Jangan risau anda kini boleh menonton di Netflix kerana terlalu banyak lagi yang perlu anda selongkar.

Baca juga: Trailer Rasmi DOTA: Dragon Blood Netflix

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!