Netizen Mendoakan Wan Syarmila dan Syazwan Berjodohan, Penangan Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Netizen Mendoakan Wan Syarmila dan Syazwan Berjodohan, Penangan Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Share

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang menjadi fenomena yang melanda semua pengemar drama tempatan. 

Kerana ketegangan dan konflik keluarga dilakonkan dengan baik sekali oleh barisan pelakon yang berbakat serta menjiwai watak dengan berkesan.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian penonton ialah watak Sofi dan Helmi yang dilakonkan oleh Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly sangat romantik dan comel.

Ramai penonton di luar sana mendoakan mereka betul berjodohan kerana mereka juga dikhabarkan masih ‘single’. 

Keakraban mereka dalam lakonan jelas sekali menunjukan yang mereka sudah selesa antara satu sama lain.

Baru-baru ini di laman Instagram @syazwanzulkifly memuat naik foto beliau dan Wan Sharmila mengenakan busana pengantin.

Di dalam drama tersebut, Sofi dan Helmi sudah bercerai kerana ayah Sofi.

Tetapi cara Helmi berusaha memujuk Sofi untuk kembali ke pangkuanya kelihatan sangat sweet hingga ramai penonton tertunggu-tunggu babak Sofi dan Helmi.

Di ruang komen kelihatan netizen mendoakan jodoh mereka di luar set.

Kalau dah ramai doakan hubungan mereka, mungkin ia betul-betul jadi kan. Jodoh itu rahsia Tuhan. Kita doakan yang terbaik untuk mereka okay !

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!