New Zealand Umum Lockdown Seluruh Negara Selepas Catat Satu Kes Jangkitan COVID-19 );

Type to search

Adamedia Isu Best

New Zealand Umum Lockdown Seluruh Negara Selepas Catat Satu Kes Jangkitan COVID-19

Share

Setelah enam bulan rakyat New Zealand bebas menjalani kehidupan normal tanpa sebarang kes COVID-19, negara berkenaan kini kembali mencatatkan satu kes jangkitan.

Berpunca daripada itu, Perdana Menteri, Jacinda Ardern telah mengumumkan penutupan penuh ataupun lockdown di seluruh negara bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Menerusi sidang media, beliau berkata bahawa pihak berkuasa menganggap ianya merupakan varian Delta yang semakin menular pada ketika ini.

new

“Seorang lelaki berusia 58 tahun yang belum menerima suntikan vaksin di Auckland, telah diuji positif COVID-19.

“Lelaki itu telah melakukan perjalanan ke wilayah lain di negara ini, dan setakat ini, masih belum mencatatkan sebarang pergerakan luar daripada sempadan negara.

“New Zealand akan berada di bawah tahap penguncian paling ketat selama tiga hari bermula jam 11:59 malam Selasa, waktu tempatan,” katanya.

new

Difahamkan, pihak kerajaan akan mengembalikan subsidi gaji mulai hari Jumaat sekiranya negara itu masih dalam tempoh lockdown.

Meskipun keputusan daripada pakar masih lagi belum diketahui, perintah berkurung telah dilaksanakan dengan serta merta kerana dikhuatiri varian delta tersebut boleh merebak dengan pantas.

new

Sebagai langkah berwaspada… Ada baiknya juga apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan New Zealand kerana varian tersebut tersangatlah bahaya jika tidak dicegah dari awal.

Langkah ini seharusnya dipuji dan dijadikan contoh negara-negara lain agar dunia dapat kembali normal seperti biasa tanpa sebarang kes COVID-19.

 

[Sumber]: channelnewsasia

 

Baca: Varian Lambda Lebih Ganas Selepas Kehadiran Varian Delta – DG Hisham

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!