NTV7 Kini Beralih Menjadi Siaran DidikTV Bermula Rabu Ini );

Type to search

NTV7 Kini Beralih Menjadi Siaran DidikTV Bermula Rabu Ini

Adamedia Infotainmen

NTV7 Kini Beralih Menjadi Siaran DidikTV Bermula Rabu Ini

Share
ntv7

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan siaran NTV7 yang dahulunya banyak menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik.

Antara rancangan yang sering menjadi tatapan para penonton adalah seperti Phua Chu Kang dan pelbagai rancangan drama dari Hong-Kong.

NTV7

Tidak lupa juga buat adik-adik malah penonton dewasa yang sering menunggu rancangan anime terkenal Shinchan dan Doaremon setiap hari sabtu pada pukul 7.00 hingga 8.00 malam.

ntv7
Sumber: imdb
ntv7
Sumber: TV Asahi

Tetapi kini Menteri Pembelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih siaran NTV7 tersebut dan menggantikannya dengan siaran DidikTV bermula rabu ini.

Ianya akan bersiaran selama 17 jam bermula 7.00 pagi hingga jam 5 petang dan akan bersiaran dari hari Isnin hingga Ahad.

ntv7
Sumber: Facebook NTV7

Siaran tersebut akan mengulas dan menyiarkan rancangan pembelajaran yang bersesuaian bagi para pelajar terutama bagi mereka yang akan menduduki ujian besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Inisiatif ini adalah untuk membantu para pelajar mendapatkan ilmu yang lebih mudah terutama bagi golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli akses internet ketika menghadiri kelas atas talian.

Tenaga pengajar juga merupakan golongan pendidik yang bagus dan diyakini dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran secara atas talian.

Diharapkan usaha ini dapat membantu para pelajar yang ketingggalan menunutut ilmu dan memberi mereka kefahaman yang lebih mudah.

[Sumber: Soya Cincau, NTV7Malaysia]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!