Prihatin Nasib Rakyat Malaysia, Palestin Dirikan Solat Jenazah Ghaib Buat Mangsa Korban Banjir );

Type to search

Adamedia Isu Best

Prihatin Nasib Rakyat Malaysia, Palestin Dirikan Solat Jenazah Ghaib Buat Mangsa Korban Banjir

Share

“Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.” Peribahasa ini sesuai digambarkan melalui situasi yang dihadapi Malaysia ketika ini.

Jika sebelum ini Malaysia sering menghulurkan bantuan dan mendoakan kesejahteraan bumi Palestin, kini giliran rakyat di negara ini pula dibantu.

Malaysia yang kini sedang mengalami krisis banjir, menerima tiupan doa daripada seluruh rakyat di bumi palestin sebagai tanda prihatin dan hubungan akrab antara dua negara.

korban

korban

 

Nadir Al-Nuri yang merupakan aktivis kemanusiaan di Palestin telah memuat naik gambar-gambar anggota bomba di negara bergolak itu yang sempat mendirikan solat jenazah ghaib buat mangsa korban banjir di Malaysia.

“Kami sedia berkhidmat, walaupun terpaksa berkorban nyawa”.

Demikian kata-kata semangat anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Palestin yang berikrar mahu membantu menjalankan misi kemanusiaan terhadap mangsa banjir di negara ini.

korban

Dilanda bencana banjir, penduduk di negeri Selangor dan Pahang ketika ini bukan sahaja kehilangan tempat tinggal malah ada yang kehilangan ahli keluarga akibat lemas dibalun ombak sungai.

Melihatkan situasi berkenaan, mereka juga berikrar untuk sentiasa bersedia menghantar anggota ke Malaysia dalam operasi menyelamat sekiranya diperlukan walaupun terpaksa berkorban nyawa. Diharap agar segalanya kembali pulih seperti biasa dan jutaan terima kasih diucapkan kepada rakyat Palestin atas doa yang dikirim.

 

[Sumber: wacana]

 

Baca Juga: Merdeka 118 Bakal Jadi Menara Nombor 2 Tertinggi Dunia, Warganet Luah Rasa Kurang Senang

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!