Pelakon Terkenal Korea Park Seo Joon Bakal Bintangi Filem Captain Marvel );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pelakon Terkenal Korea Park Seo Joon Bakal Bintangi Filem Captain Marvel

Share
marvel

Peminat artis K-pop di seluruh dunia pasti berasa teruja apabila dapat melihat pelakon kegemaran mereka membintangi filem bertaraf antarabangsa Hollywood.

Terbaharu, pelakon terkenal Korea Park Seo Joon telah ditawarkan peranan bersama Brie Larson dalam sekuel Captain Marvel yang akan datang .

Menurut media Korea Soompi , pelakon berusia 32 tahun itu dilaporkan telah menerima pelawaan tersebut namun ianya masih belum dipastikan oleh syarikat agensi beliau.

Sekiranya disahkan, Park akan menjadi pelakon Korea ketiga yang membintangi filem MCU selepas Claudia Kim di Avengers: Age of Ultron dan Ma Dong-seok di Eternals.

marvel

Beliau dilaporkan akan terbang ke Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun ini untuk memulakan penggambaran filem yang berjudul The Marvels.

Rata-rata peminat sudah tidak sabar dan teruja untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka di layar perak MCU.

marvel

marvel

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 11 November 2022. Ini akan menjadi sebahagian daripada fasa ke empat MCU, setelah Infinity Saga yang meliputi fasa satu, dua, dan tiga telahpun berakhir pada tahun 2019.

Jika perkara ini benar-benar berlaku, demam artis K-pop pastinya akan menyerang dunia tidak lama lagi.

Penulis sangat yakin, panggilan Oppa pasti akan terngiang-ngiang dalam panggung wayang nanti dan semestinya ia datang dari kaum wanita!

 

Baca: Kin Jong-un Hukum Bunuh Terhadap Rakyatnya Yang Meminati Muzik K-pop
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!