Pasangan India Sewa Kapal Terbang Dan Anjurkan Kenduri Di Udara Untuk Elak SOP Covid-19 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Pasangan India Sewa Kapal Terbang Dan Anjurkan Kenduri Di Udara Untuk Elak SOP Covid-19

Share
Pasangan India anjur perkahwinan dalam kapal terbang

Sepasang pengantin di India dilaporkan menyewa sebuah pesawat dan mengadakan perkahwinan di atas udara dengan lebih daripada 160 tetamu untuk mengelak dari sekatan undang-undang Covid-19.

Rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pasangan yang berasal dari Tamil Nadu itu dan tetamu mereka bersesak di dalam pesawat Spice Jet berkenaan.

Tamil Nadu baru-baru ini menetapkan undang-undang Covid-19 yang lebih ketat dan mengehadkan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 orang.

Video rakaman yang tular tersebut juga menunjukkan para tetamu bersesak-sesakan di dalam ruang kabin dan tidak memakai pelitup muka.

Pasangan tersebut telah disatukan ketika pesawat itu terbang di atas kuil Meenakshi Amman ketika perjalanan dari Madurai ke Bengaluru.

Pihak berkuasa penerbangan awam India telah menjalankan satu siasatan mengenai perkara itu dan menggantung krew pesawat tersebut.

Jurucakap SpiceJet memberitahu Indian Express bahawa pesawat tersebut telah ditempah oleh sebuah ejen pelancongan untuk perjalanan selepas majlis perkahwinan.

Jurucakap itu mengatakan bahawa pihak berkenaan telah “diberi penjelasan dengan jelas mengenai garis panduan Covid yang harus diikuti dan menolak kebenaran untuk melakukan apa-apa aktiviti di atas kapal”.

Sumber: BBC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!