Pelari Maraton Berlari Sambil 'Bawa Otak', Mahu Pecah Rekod Dunia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pelari Maraton Berlari Sambil ‘Bawa Otak’, Mahu Pecah Rekod Dunia

Share
maraton

Seorang pelari maraton yang berasal dari Britain berhasrat untuk pecahkan Rekod Dunia Guinness menerusi acara London Maraton pada 3 Oktober depan.

Dikenali sebagai Bryce Alfrod, dia cuba untuk pecah rekod larian terpantas sambil memakai kostum otak manusia.

BACA: Kentang Goreng Kayangan, Sepinggan Harganya Bernilai RM800! Masuk Rekod Dunia

Alfrod kini sedang giat berlatih di sekita Jersey, England dengan memakai kostum otak tersebut.

maraton

Pegawai Unit Polisi Perbandaran St. Helier juga memuat naik gambar di laman sosial Twitter besama dengan Alford ketika ditemui sedang menjalankan latihan di Jersey pada Selasa.

Katanya, kostum itu dirancang sebagai gambaran bagaimana perasaan orang yang mengalami kecederaan otak.

Jelasnya, dia akan menerima cabaran tahun ini dengan kostum otak seberat tujuh kilogram, yang dibuat oleh dua orang rakannya.

“Apa yang saya dengar berulang kali adalah mereka yang mengalami masalah mental merasa mereka terperangkap di dalam otak mereka sendiri.

“Jadi apabila saya mengenakan kostum berkenaan, orang ramai akan benar-benar melihat bagaimana rasanya jika mereka dapat membayangkan tekanan itu, dan apa rasanya hidup setiap hari, “katanya.

Alford yang juga merupakan Pengurus Pengumpul Dana sebuah badan amal kecederaan otak, Headway juga merupakan individu yang tidak asing dengan acara amal dan Rekod Dunia Guinness.

Sebelum ini Alford memecahkan Rekod Dunia Guinness adalah pada tahun 2003 dengan rekod larian 100 kilometer terpantas di atas treadmill.

[Sumber: UPI]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!