Pelitup Muka Fabrik Tidak Berkesan - Verst );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pelitup Muka Fabrik Tidak Berkesan

Share

Pelitup muka fabrik memang kelihatan cantik kerana ia boleh didapati dengan pelbagai corak yang cantik dan comel. Dan ia juga boleh dibasuh, jadi tidak perlu tukar-tukar pelitup muka dalam masa yang sama menjimatkan wang ringgit.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya pelitup muka fabrik sebenarnya tidak berkesan dalam menapis penyebarang Covid-19. Pelitup muka 3 lapisan yang mampu mengurangi risiko penyebaran Covid-19. Pelitup muka tiga lapisan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat penting kerana ia memiliki penapis yang dapat menghalang partikel halus termasuk virus, kata pakar Epidemiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan. Ini kerana, pelitup muka fabrik hanya mampu menepis bau dan partikel kasar daripada dihidu

Semua yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersebab. Jangan kita terus selesa dan mengambil remeh hal ini. Kerana ia merupakan antara factor yang menyumbang kepada kejayaan awal Malaysia dalam mengawal penularan Covid-19. Jangan kita ambil ringan walaupun ia hanya pelitup muka.

“Ada yang mahu kelihatan bergaya dengan mengenakan pelitup muka fabric yang dibuat dengan pelbagai corak tetapi jelas sekali ia tidak berkesan dari segi kesihatan awam. Walaupun perlu menambah kos untuk membeli pelitup muka tiga lapisan namun ia perlu dilakukan sehingga Malaysia bebas Covid-19”

Jadi apa salahnya kalau kita keluarkan sedikit duit untuk membeli pelitup muka yang diluluskan oleh KKM. Lebih baik mencegah daripada merawat. Memang betul kadang kala kita inginkan sedikit kelainan dan kecantikan kepada diri sendiri. Tapi ia haruslah berkesan dalam melawan segala virus. Jadi pilihan di tangan anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!