Pemilik Kucing Boleh didenda RM2700 Jika Tidak Pasang Mikrocip - Verst Adamedia );

Type to search

Pemilik Kucing Boleh didenda RM2700 Jika Tidak Pasang Mikrocip

Adamedia Isu Best

Pemilik Kucing Boleh didenda RM2700 Jika Tidak Pasang Mikrocip

Avatar
Share
Pemilik Kucing

Bermula tahun hadapan, pemilik kucing di Britain yang tidak memasang mikrocip pada haiwan peliharaan mereka bakal dikenakan denda £500 (RM2,730), memetik laporan Daily Mail.

Menurut Ketua Eksekutif Kebajikan Haiwan Cats Protection, James Yeates, kira-kira 2.6 juta ekor kucing di Britain tidak dipasang mikrocip pada badan mereka.

Pemilik Kucing

“Dengan pemasangan mikrocip, kucing yang hilang berpeluang untuk bertemu semula dengan pemilik kucing berdasarkan maklumat yang tersimpan dalam cip tersebut,” ujar beliau.

Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Goldsmith menjelaskan, peraturan terbaharu itu diperkenalkan untuk mengurangkan kes-kes kehilangan kucing peliharaan di negara tersebut.

Melalui survey yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar mendapati 99 peratus responden bersetuju dengan tindakan kerajaan mewajibkan pemilik kucing menanam mikrocipmpada badan kucing peliharaan mereka.

* Ibu kucing tak kisah anaknya dijadikan lauk! Baca kisahnya di sini https://verst.com.my/haimeow/ibu-kucing-masukkan-anak-dalam-kuali/

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!