Peminat Drama Thriller? 5 Drama Jepun Ini Korang Wajib Tengok );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Peminat Drama Thriller? 5 Drama Jepun Ini Korang Wajib Tengok

Avatar
Share

Negara Jepun merupakan antara negara yang banyak mengeluarkan drama atau movie bertemakan thriller namun kurang mendapatkan perhatian seperti drama Korea.

Drama-drama ini juga turut mendapat rating yang agak tinggi di Netflix, IMDb dan drama list. Ia bukan sahaja menyajikan sensasi, thriller dan suspens malah juga terdapat pengajaran yang ditampilkan.

Yang pastinya ia lebih bermutu dari drama-drama melayu pukul 7 tu!

1. Alice in Borderland

Drama ini berjaya mencetuskan fenomena yang agak menarik dalam kalangan penggemar drama Jepun. Ianya berkisahkan tentang beberapa orang terjebak dalam satu permainan hidup dan mati.

Tokyo telah berubah menjadi ‘Borderland’ dan mereka yang terperangkap perlulah menyelesaikan permainan tersebut demi untuk kelangsungan hidup dan akan diberi visa hidup. Apa yang menariknya lagi ialah drama ini juga ditayangkan seiring dengan drama thriller korea Sweet Home yang lebih kurang konsep ceritanya.

Thriller
Sumber: AsianWiki

Drama ini dimainkan oleh pelakon Jepun yang terkenal seperti Kento Yamazaki dan Tao Tsuchiya. Anda boleh menontonnya di Netflix.

2. Re:Mind

Re:Mind mengisahkan mengenai 11 orang remaja sekolah perempuan sekolah yang terperangkap dalam sebuah bilik berlatarkan corak Eropah. Mereka semua perasan bahawa keadaan mereka itu sama seperti rakan sekelas mereka yang hilang berbulan lalu.

Sumber: Netflix

Namun apa yang membuatnya semakin menarik ialah secara perlahan-lahan seorang demi seorang dari mereka hilang dari bilik tersebut. Kisah ini sangat menarik kerana kita juga akan turut berfikir apa yang terjadi dan siapa dalang penyebab kejadian tersebut.

3. Switched

Drama ini merupakan sebuah adaptasi dari manga yang mengambil tajuk yang sama. Ianya mengisahkan mengenai dua orang pelajar perempuan bertukar badan dalam satu kejadian cubaan membunuh diri.

Sumber: Weheartit

Zenko Umine sorang remaja sekolah yang sering dipinggirkan dari rakan sekelas malah ibunya sendiri manakala Ayumi seorang remaja sekolah yang popular dan ceria. Drama ini memfokuskan kepada isu depresi dan anxiety yang sering berlaku dalam kalangan remaja masa kini.

4. Limit

Juga diadaptasikan dari manga dengan judul yang sama, drama kali ini juga akan memfokuskan kepada depresi, anxiety malah kejadian buli antara rakan sekelas dan keluarga.

Kisahnya bermula apabila sebuah sekolah mengadakan aktiviti luar namun kejadian yang tidak diduga berlaku apabila pemandu bas mereka kepenatan dan tertdur lalu bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke cerung bukit.

Sumber: AsiaWiki

Hanya 5 orang sahaja yang hidup namun segalanya bermula di sini apabila konflik sesama mereka berlaku, kecuaian guru-guru di sekolah serta sikap anak-anak terhadap ibu bapa dan media yang tidak berhenti memaksa sekolah untuk mengeluarkan cerita.

5 orang yang hidup itu tadi terpaksa menjalani kehidupan di tempat asing tanpa sebarang bantuan dar pihak luar.

5. Erased

Ianya diadaptasikan daripada anime dan manga yang terkenal di mana drama ini mengisahkan seorang budak yang mempunyai sebuah kebolehan untuk kembali ke masa lampau.

Satou Fujinuma kembali ke 18 tahun kebelakang dan diberi peluang untuk menyelamatkan ibunya dari dibunuh dan menyelamatkan seorang gadis dari diculik.

Sumber: Netflix

Dia tetap kembali ke masa lampau untuk beberapa kali sehingga ibunya itu selamat dari dibunuh dan mencari identiti pembunuh tersebut yang berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pembunuh bersiri yang terlibat dengan penculikan kanak-kanak 18 tahun lepas.

Drama ini amat menitikberatkan dan memfokuskan kepada jenayah penculikan kanak-kanak dan penderaan kanak-kanak.

Drama-drama ini sangat bagus untuk membuka mata dan minda kita tentang apa yang terjadi di sekeliling kita. Ia mengajarkan kita supaya lebih berfikiran waras dalam sesuatu perkara.

Jadi kepada peminat drama thriller jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama ini.Anda semua boleh layan drama-drama ini di netflix atau saluran yang betul.

[Sumber: AsiaTatler]

Baca juga: Netflix Terus Rancak Hasilkan Lebih Banyak Drama, ‘Original Series’ Korea Selatan Tahun 2021

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!