Penamat 'Projek: Anchor SPM' Bakal Diketahui 3 Mei Nanti!

Type to search

Adamedia Movie Preview

Penamat ‘Projek: Anchor SPM’ Bakal Diketahui 3 Mei Nanti!

Share
spm

Pengikut cerita ‘Projek Anchor: SPM’ pasti tahu tinggal lagi 1 episod yang berbaki dan ini bermakna penonton dapat mengetahui pengakhiran kisah remaja sekolah ini.

Aduh happy ending atau sad ending ni… nervous lah!

Cerita yang dilakonkan oleh Aedy Ashraf dan beberapa watak yang lain mengisahkan tentang sekumpulan pelajar form 5 di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP).

Sesiapa yang pernah mempunyai pengalaman bersekolah di SBP pasti tahu saingan untuk cemerlang dalam peperiksaan sangat sengit kerana kebanyakan pelajar disana bukan biasa-biasa akademiknya.

Memandangkan STIA antara sekolah yang berprestij, memastikan ranking sekolah sentiasa dalam kedudukan tertinggi adalah satu tradisi buat warga STIA, namun batch 9903 memilih corak ‘permainan tersendiri’ dengan meniru untuk cemerlang dalam SPM.

Ini antara watak pelajar yang ada dalam drama hangat ini!

1. Aedy Ashraf sebagai Aizat Abdullah

spm

2. Daiyan Trisha sebagai Aaidaa Zubir

spm

3. Nadhir Nasar sebagai Hilmi Dato’ Zulkarnain

spm

4. Chubb E sebagai Botol

spm

5. Shasha Abedul sebagai Jaja Zubir

projek

Terdapat pelbagai plot yang terjadi dalam setiap episod jadi penonton dapat melihat kisah yang berbeza setiap minggu. Lagi-lagi episod semalam yang merupakan episod second last buat ‘Projek: Anchor SPM’. Berdebar gila tengok! 

Ha penulis taknak jadi spoiler. Kalau belum tengok lagi, anda boleh saksikan di saluran Astro Citra jam 9 malam setiap hari Isnin atau jika anda ingin ‘drama marathon’ dan layan kesemua 8 episod, bolehlah tonton di aplikasi Astro Go dan On Demand.

 

Baca: Tempoh Tayangan Episod Akhir ‘The Penthouse 2’ Dijangka 90 Minit Lebih Lama!

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!