Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Akan Dibuka Semula

Type to search

Adamedia edutaiment Edutainment Isu Best

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Akan Dibuka Semula

Share
astrazeneca

Rakyat Malaysia yang terlepas mendaftar vaksin AstraZeneca sebelum ini, anda berpeluang untuk mendapatkannya kerana pendaftaran akan dibuka sekali lagi.

Pendaftaran pengambilan vaksin fasa 2 ini akan dibuka untuk warga asing berusia 60 tahun ke atas selama tiga hari bermula 23 Mei ini.

astrazeneca

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran diperluaskan seiring mengikut zon merah iaitu di Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Keutamaan juga diberikan kepada mereka yang telah mendaftar dan masih dalam senarai menunggu tarikh dari fasa 1 yang sebelumnya.

astrazeneca

Difahamkan, selepas tarikh 26 Mei, mereka yang berusia di bawah lingkungan 60 tahun kebawah akan ditawarkan vaksin dan perlu mendaftar di aplikasi my sejahtera ataupun di laman sesawang rasmi vaksin kerajaan.

Pendaftaran warga emas akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau klinik komuniti di kawasan masing-masing.

 

Sumber: Utusan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!