Pendaftaran Vaksin Untuk Remaja & Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Atas Kini Dibuka! );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pendaftaran Vaksin Untuk Remaja & Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Atas Kini Dibuka!

Share
kanak-kanak

Bila bercakap tentang vaksin, sebelum ini orang dewasa, terutama sekali petugas barisan hadapan, ibu menyusu, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU) dan orang tua sahaja yang layak untuk mendaftar untuk suntikan vaksinasi COVID-19.

Tetapi kini, program pendaftaran suntikan vaksin sudah terbuka kepada golongan kanak-kanak dan remaja!

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bersukacita mengumumkan bahawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas kini berpeluang mendaftarkan diri untuk vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

kanak-kanak

Sumber: The Star

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang pelajar dengan tahun kelahiran 2003 dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Mereka kemudian menyatakan bahawa remaja dan kanak-kanak dengan komorbiditi juga tidak terkecuali untuk diberi keutamaan.

Memandangkan berita mengenai pendaftaran vaksin untuk anak-anak sudah pun tular di WhatsApp, jadi kebanyakan ibu bapa sudah bersedia untuk lakukan langkah seterusnya.

Seperti yang dilaporkan Astro Awani, ibu bapa atau penjaga perlu mengikuti beberapa prosedur untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak mereka.

Secara tidak langsung hal ini dapat melegakan hati seluruh ibu bapa di Malaysia apabila Kementerian Pendidikan telah menyatakan bahawa tidak lama lagi sekolah akan dibuka semula iaitu pada 1 September, sejurus negara kita memasuki Fasa ke-3 dari Rancangan Nasional yang dijadualkan pada bulan September dan Oktober.

Setelah sekian lama kanak-kanak dan pendidik menjalani era pembelajaran atas talian, ini juga akan memberikan aliran yang lebih lancar dalam sistem pendidikan.

kanak-kanak

Sumber foto: The Star

Tags:

You Might also Like

13 Comments

  1. Pingback: URL
  2. Pingback: slot super
  3. Pingback: elojob
  4. Pingback: best ico 2021
  5. Pingback: Energy Plans
  6. Pingback: learn more

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!