Penerbangan Jepun Uji Pintu Tandas yang Boleh dibuka Tanpa Menggunakan Tangan Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Penerbangan Jepun Uji Pintu Tandas yang Boleh dibuka Tanpa Menggunakan Tangan

Share

Apabila bercakap tentang kebersihan dalam pesawat, ada satu bahagian yang kebanyakan penumpang akan berfikir dua kali untuk pegang tanpa membasuh tangan. Bahagian tersebut adalah tombol pintu tandas!

Sebelum wujudnya wabak Covid-19 lagi, kebanyakan penumpang berasa was-was untuk memegang tombol pintu tandas kerana khuatir tahap kebersihannya.

Kini, sesuai dengan gaya hidup norma baharu, syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) mengambil inisiatif menguji pintu tandas yang tidak perlu dipegang dengan tangan untuk dibuka. Sebaliknya, penumpang hanya gunakan siku sahaja.

Prototaip yang terdapat pada pesawat ANA ini bukan sahaja cuba menyelesaikan masalah kebersihan, malah ia juga menjimatkan ruang. Tombol pada pintu kini mempunyai mekanisme spring di mana and ahanya perlu menekan tombol tersebut dengan siku untuk membuka pintu.

Sementara pada bahagian dalam, terdapat butang yang and aboleh tekan dengan siku untuk membuka atau mengunci pintu tandas.

Ketika ini, prototaip pintu tandas tersebut hanya terdapat di lounge ANA di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo di mana syarikat penerbangan tersebut sedang mengumpul maklum-balas daripada orang ramai sepanjang bulan Ogos ini. Jika ramai memberikan maklum balas positif, lebih banyak rekaan pintu sebegini akan digunakan kelak.

Rekaan pintu tandas berinovasi itu dihasilkan oleh JAMCO, sebuah syarikat Jepun yang memfokuskan penghasilan produk-produk industri penerbangan. Sebelum ini, ia telah menghasilkan banyak rekaan untuk tempat duduk, tandas dan ruang dapur dalam pesawat.

 

Sumber: CNN

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!